Friday 29 June 2012

Soal Jawab Mengenai Salam






Jawab jangan tak jawab .



Soalan:-


Apa hukum beri salam ?
-Beri salam hukumnya sunat , manakala jawab salam hukumnya wajib .

Kalau tak jawab salam berdosa ke?
- Benda wajib kalau tak buat berdosa .

Apa maksud Assalamualaikum ?
-Selamat Sejahtera keatas kamu .

Waalaikumussalam ?
-Selamat Sejahtera keatas mu juga.

Kalau non-muslim beri salam ?
-jawab "alaikum" sudah mencukupi .- pendapat jumhur ulama


Boleh tak dalam SMS kita tulis salam je tak penuh ?
-Boleh kerana salam dan juga assalamualaikum mempunyai maksud yang sama iaitu sejahtera.


How about akum , askum and etc ..?
-Tak boleh kerana mempunyai maksud yang kotor , hina dan dilarang .


Mana lebih afdal salam ke assalamualaikum ?
- Assalamualaikum .


Saya ada terbaca artikel yang haram cakap 'salam' kerana 'salam' maksudnya selamat tinggal.
- Salam maksudnya sejahtera , selamat . Kalau kita hafal maksud 'salam' dalam 99 nama ALLAH , maksudnya selamat dan bukannya selamat tinggal . 


Ada lelaki yang saya tak kenali beri salam kepada saya(perempuan) perlu ke saya menjawab ?
-Dimaafkan oleh syarak tidak menjawabnya jika boleh mendatangkan fitnah .



Secara umumnya , memulakan salam adalah sunat manakala menjwabnya adalah wajib . Jika ada sebarang pertanyaan yang sedang bermain difikiran anda boleh email atau komen, insyallah saya akan cuba jawabnya .




Monday 28 May 2012

KEPUTUSAN

assalamualaikum guys .

apa khabar ? harap korang suma dalam keadaan sihat sejahteraa ya .

lama aku tak update blog . ya lama suda .
aku mungkin dah tak serasi dengan blog rasanya . mungkin juga busy sampai takde masa untuk update blog . maaf bukan kerna aku putus asa dah tak nak update cuma well kadang2 bila kita tiada masa susah sikit nak mengemaskini blog yang sedia ada . 

dengan ini aku tidak akan mengemaskini blog yang sedia ada . insyallah jika ada masa , boleh jumpa saya di facebook dan twitter . follow me on facebook -asyraf muda . follow me on twitter - @asyrafmuda . 

asyraf say :
                  islam ni simple saja tapi jangan terlalu menyimplekan . nanti solat guna niat saja . insyallah kita                                   bertemu di lain kali . syukran kepada pembaca blog saya . semoga blog ni memberi peringatan kepada kita semua . insyallah .

assalamualaikum

asyrafmuda

Wednesday 14 March 2012

it's about life !

Bila bercakap soal jodoh
ramai memilih untuk berusaha keras mencarinya
walaupun mereka sedar bahawa jodoh itu sudah ditentukan.

tapi bila bercakap soal hidayah,
ramai pula yang memilih untuk menunggu,
biarpun sedar hidayah itu perlu dicari,
bukannya jatuh ke riba .




share daripada sahabat handai

Saturday 10 March 2012

Perpisahan .

Pertemuan ,
mata bertentang mata ,
hati keliru , mata dia
seakan membuktikan segala ,
tidak mengapa aku faham ,
ingin perpisahan kan,
aku sedia terima, antara
kita sudah tiada ..



Wednesday 22 February 2012

Pergi Mengharap Kembali ...


Aku tak kisah, tak hairan langsung, sikit pun tak..
Kau nak pergi, Pergilah , Cuma ingat
Jangan datang balik
Aku tak nak nmpak batang hidung kau lagi,
Faham ke tak, aku tak nak jumpa,
Pergilah jauh-jauh, ingat
Jangan datang balek
Sekarang !
dah lah cepat pergi..

TAPI

Kau tahu tak , yang
Aku menafikan semua itu
Untuk menghalang aku terus menangis
Kerana pemergian kau
Kau tahu tak , aku
Rindukan kau.
Senyap bukan bererti aku diam.
Jangan kau pergi , terlintas di fikiranku ingin kata begitu
Tapi nak buat macam mana, dah
Kau nak pergi, pergilah
aku tak halang,
Pergilah jauh. Jauh dari aku, jauh dari dunia aku
Cuma satu, satu yang aku pinta,
Satu perkara saja, satu perkataan saja
Jangan LUPA aku., tolong
Jangan LUPA aku..
Disini, disana dan dimana-mana  buat selamanya,

Saturday 18 February 2012

Tak sedar diri

sedarlah sikit
awak tuh dah tua
pergilah kahwin
dapat bini buat anak
jangan sebok jaga tepi kain orang
aku tak suka.

Menangis dipagi subuh



Laungan indah berkumandang
Pagi subuh
Bangun… bangun !

Kenapa
Air mataku mengalir
Mengalir deras
Jatuh di bumi nyata

Kesat dengan bantal busukku
Tapi kenapa
Masih mengalir
Deras
Aku tak tahan
Masih mengalir
Tolong aku tolong aku
Tahan air mata ini.

Anugerah indah pabila lelapnya mata
Iaitu mimpi kurnia yang maha esa
Kadang-kadang mimpi menjadi realiti

Jangan!
Jangan jadi realiti
Aku tak sanggup
Aku masih sayangkan dia
Tanpa dia hidup aku
Tiada makna

Air mataku mengalir
Makin deras
Membasahi ruang mukaku
Hingga terasa masinnya , dan
Terus mengalir

Gelap
Yang ada hanya imaginasi
Bermain tika ku mati sementara
Hingga terjaga keesokkan harinya.
Syukur aku masih hidup
Syukur dia masih bernyawa
Alhamdulillah terima kasih tuhan

Sinar sang suria menerangi alam
Kabus pun masih kelihatan
Untunglah belajar dalam hutan
Menikmati keindahan ciptaan tuhan, aku
menangis dipagi subuh.

Oh ibu

                                                                                     I love you mum !
                                                                                     Dari anakmu : asyraf ..