Friday, 29 June 2012

Soal Jawab Mengenai Salam






Jawab jangan tak jawab .



Soalan:-


Apa hukum beri salam ?
-Beri salam hukumnya sunat , manakala jawab salam hukumnya wajib .

Kalau tak jawab salam berdosa ke?
- Benda wajib kalau tak buat berdosa .

Apa maksud Assalamualaikum ?
-Selamat Sejahtera keatas kamu .

Waalaikumussalam ?
-Selamat Sejahtera keatas mu juga.

Kalau non-muslim beri salam ?
-jawab "alaikum" sudah mencukupi .- pendapat jumhur ulama


Boleh tak dalam SMS kita tulis salam je tak penuh ?
-Boleh kerana salam dan juga assalamualaikum mempunyai maksud yang sama iaitu sejahtera.


How about akum , askum and etc ..?
-Tak boleh kerana mempunyai maksud yang kotor , hina dan dilarang .


Mana lebih afdal salam ke assalamualaikum ?
- Assalamualaikum .


Saya ada terbaca artikel yang haram cakap 'salam' kerana 'salam' maksudnya selamat tinggal.
- Salam maksudnya sejahtera , selamat . Kalau kita hafal maksud 'salam' dalam 99 nama ALLAH , maksudnya selamat dan bukannya selamat tinggal . 


Ada lelaki yang saya tak kenali beri salam kepada saya(perempuan) perlu ke saya menjawab ?
-Dimaafkan oleh syarak tidak menjawabnya jika boleh mendatangkan fitnah .



Secara umumnya , memulakan salam adalah sunat manakala menjwabnya adalah wajib . Jika ada sebarang pertanyaan yang sedang bermain difikiran anda boleh email atau komen, insyallah saya akan cuba jawabnya .