Sunday, 18 December 2011

HARAM PAKAI JEANS!!!


                                          

Hah!  haram pakai jeans. Sapa kate? Ustaz! Ustaz mane? Lu pikir lah sendiri. Haha Sebelum tu kawe nak oyak yang kawe pun pakai seluar jeans jugak tau well jiwa muda kod. hehe Okey guys haram pakai seluar jean eyh, agak-agak korang macam ne? boleh ke tak boleh. Pandangan mengikut ulama pakai seluar jeans tidak mengapa tetapi cara kita memakainya. Rasenya pakai seluar ape2 pun boleh yang penting kita menutup aurat kan. So boleh laa pakai! Don’t worry kalau ada orang kata pakai seluar jeans haram? Cuba kata kat dia balek apa yang haramnya, bagi dalil yang mengatakan pakai seluar jeans haram. Tak kan laa dia nak kata sebab nama jeans same dengan ‘jin’. Haha nonsense giler. Berbalek pada pandangan ulama-ulama, pakai seluar jean takpe TETAPI cara memakainya. Apa yang dimaksudkan dengan cara memakainya? Jawapannya adalah kalau nak pakai seluar jean pertamanya mesti n wajib tutup aurat. PENTING TAU! yang seluar agak koyak sana sini memang tak boleh la kan.. nak tunjuk kat sapa? Hantu or jembalang. Haha apelah. Kedua pulak, seluar itu jangan laa sempit sangat sampai nak duduk pun tak boleh, sempit pun ada hadnya, bagi lelaki apabila pakai seluar jean ketat sampai terbonjol ehem2 memang haram kata ulama. Ehem2 itu korang paham-paham la sendiri kalau tak ngerti jugak buat paham-paham suda. Hehe manakala wanita pula, apabila dia memakai ketat sampai menampakkan bahagian peha maka haram kerana menampakkan bentuk tubuh wanita tersebut. Wanita lah BAHAYA sikit, al maklum laa bila pakai sendat-sendat nih kaum adam bukan main lagi dok usha sana usha sini. Maaf bukan semua maybe sebahagian. Hehe “hai cik kak, awak tuh cantek plus comel lagi, tok sah laa nak pakai sendat2 sangat sebab pertama dosa awak melambung, kedua pulak penyumbang MAKSIAT meningkat( kes rogol), dan ketiga cer bagi hanya suami the only boleh tengok. Kalau kasi orang biasa-biasa nih tengok, dah tak special laa bagi suami. Sedih sang suami.” Haha ini pandangan saya sebagai seorang insan yang sering melakukan kesilapan setiap hari. Kalau ada salah silap maka boleh laa tegur. Tak salah pun.  HARAM PAKAI SELUAR JEANS! Takkkk!!!!! Haha  itu la jawapan untuk menjawab persoalan ini. Sekian wassalam dari saya!

No comments:

Post a Comment