Manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan adalah orang yang mengakui dan bertaubat kepada ALLAH SWT
Sunday, 18 December 2011
HARAM PAKAI JEANS!!!
Hah! haram pakai jeans. Sapa kate? Ustaz! Ustaz mane? Lu pikir lah sendiri. Haha Sebelum tu kawe nak oyak yang kawe pun pakai seluar jeans jugak tau well jiwa muda kod. hehe Okey guys haram pakai seluar jean eyh, agak-agak korang macam ne? boleh ke tak boleh. Pandangan mengikut ulama pakai seluar jeans tidak mengapa tetapi cara kita memakainya. Rasenya pakai seluar ape2 pun boleh yang penting kita menutup aurat kan. So boleh laa pakai! Don’t worry kalau ada orang kata pakai seluar jeans haram? Cuba kata kat dia balek apa yang haramnya, bagi dalil yang mengatakan pakai seluar jeans haram. Tak kan laa dia nak kata sebab nama jeans same dengan ‘jin’. Haha nonsense giler. Berbalek pada pandangan ulama-ulama, pakai seluar jean takpe TETAPI cara memakainya. Apa yang dimaksudkan dengan cara memakainya? Jawapannya adalah kalau nak pakai seluar jean pertamanya mesti n wajib tutup aurat. PENTING TAU! yang seluar agak koyak sana sini memang tak boleh la kan.. nak tunjuk kat sapa? Hantu or jembalang. Haha apelah. Kedua pulak, seluar itu jangan laa sempit sangat sampai nak duduk pun tak boleh, sempit pun ada hadnya, bagi lelaki apabila pakai seluar jean ketat sampai terbonjol ehem2 memang haram kata ulama. Ehem2 itu korang paham-paham la sendiri kalau tak ngerti jugak buat paham-paham suda. Hehe manakala wanita pula, apabila dia memakai ketat sampai menampakkan bahagian peha maka haram kerana menampakkan bentuk tubuh wanita tersebut. Wanita lah BAHAYA sikit, al maklum laa bila pakai sendat-sendat nih kaum adam bukan main lagi dok usha sana usha sini. Maaf bukan semua maybe sebahagian. Hehe “hai cik kak, awak tuh cantek plus comel lagi, tok sah laa nak pakai sendat2 sangat sebab pertama dosa awak melambung, kedua pulak penyumbang MAKSIAT meningkat( kes rogol), dan ketiga cer bagi hanya suami the only boleh tengok. Kalau kasi orang biasa-biasa nih tengok, dah tak special laa bagi suami. Sedih sang suami.” Haha ini pandangan saya sebagai seorang insan yang sering melakukan kesilapan setiap hari. Kalau ada salah silap maka boleh laa tegur. Tak salah pun. HARAM PAKAI SELUAR JEANS! Takkkk!!!!! Haha itu la jawapan untuk menjawab persoalan ini. Sekian wassalam dari saya!
Sunday, 13 November 2011
Bisikan Nurani Seorang Lelaki
Gadis,
Kau seindah bulan,
Yang cantik seakan,
Ombak ditengah lautan,
Yang penuh dengan hantu juga syaitan,
Menghantui dengan bisikan,
Membuat kita beranggapan,
Tanpa harapan,
Dengan melaku kemungkaran,
Tanpa memikirkan,
Semua kebaikan,
Serta kejahatan,
Menjadi taruhan,
Hantu dan syaitan,
Mencegah kebajikan,
Melakukan kemungkaran,
Buruk sifat dan fikiran,
Mengikut ajaran tuhan syaitan..
Ya Allah mohon bantuan,
Berikan aku kekuatan,
Tetapkanlah pegangan,
Teguhkanlah pendirian,
Melawan iblis dan syaitan,
Ya Allah ya tuhan,
Mohon keberkatan,
Untuk mendapatkan,
Sifat pahlawan,
Menghalang kejahatan,
Untuk kita bersama,
Hidup didunia,
Penuh cabaran.
Wahai gadis,
Aku berjanji,
menjagamu sampai mati,
Kerna kita takdir illahi…
Cinta yang SATU
Dimana cinta,
Harusku mencari,
Dimana dia,
Cinta sejati..
Utuskanlah padaku,
Agar dapat aku,
Merasai kehadiranmu,
Dalam sanubariku…
Beribu tahun aku menunggu,
Berjuta batu aku mencari,
Cinta yang satu,
Cinta abadi..
Aku tidak percaya,
Wujudkah cinta itu?
Kekal setia,
Di dunia indahmu..
Adam dan Hawa,
Muhammad Khadijah,
Kasih sayang bahagia,
Soleh dan solehah..
Umpama bisikan nurani,
Menerangi cahaya mentari,
Cinta hakiki cinta murni,
Membawa bahagia disaat pergi,
Taat setia pada illahi…
Jihad Mencari Erti Siang dan Malam
Malam berganti siang,
Siang berganti malam,
Malam bertaubat siang berperang,
Seakan dua alam..
Berperang demi agama,
Islam diberi nama,
Berjuang untuk negara,
Bersatu teguh kerjasama.
Engkau yang satu,
Tempat berlindung,
Ya ALLAH Ya tuhanku,
Kau tempatku bergantung..
Doa sebagai senjata,
Di medan peperangan,
Meminta pertolongan,
Menjadi pertahanan..
Jangan tamak jangan boros,
Jangan pula berbuat kejahatan,
Hingga diri dibolos,
Oleh ahli sihir si jahat syaitan.
Malam diterangi nur cahaya,
Siang diliputi sengsara,
Selalu berdoa dengan usaha,
Agar hidup sentiasa bahagia..
TUGAS sYaiTAn
Iblis bapa kepada semua syaitan dan jin yang bersumpah untuk menyesatkan cucu cicit Nabi Adam alaihisalam. Diciptakan oleh ALLAH daripada api membara, manakala kita manusia diciptakan daripada tanah. Tugas-tugas syaitan laknatullah adalah seperti ini:
Menghalang kebaikan,
Mencegah kebajikan,
Melakukan kemungkaran,
Itulah tugas syaitan..
Hidup kita sementara,
Jin syaitan juga sama,
Jangan diikut perintahnya,
Menghalang jalan ke syurga…
Syaitan dicipta api membara,
Malaikat pula daripada nur cahaya,
Manusia lahir daripada tanah yang mulia…
Pencipta Kasih Cinta
Engkau lah pencipta,
Langit dan bumi,
Yang maha mulia,
Juga maha mencintai,
Engkau juga menguasai,
Tiang-tiang dibumi,
Yang menjadikan bulan dan matahari,
Sesuatu misteri…
Lahirnya adam didunia,
Malaikat tunduk redha,
Iblis lari membawa bala,
Cinta Adam pada Hawa..
Setulus cinta,
Hidup bahagia,
Syaitan bisik berkata,
Diikut Adam dan Hawa..
Engkau penuntut janji,
Dibuang dari syurga Firdausi,
Ya Allah Ya illahi,
Turunlah mereka ke bumi..
Berpisah sementara,
Gembira bersama,
Adam dan Hawa,
Bertemu semula..
Putik hati jatuh ke bumi,
Jatuh ke bumi penuh misteri,
Adam Hawa cinta sejati,
Kerna Allah maha mengasihi…
Thursday, 10 November 2011
Kenangan Terindah!
“Yaaaahhhhuuuuuu!!!!! Merdekaaaaa!!!!”
Begitulah
jeritan kebanyakan pelajar Sekolah Menengah Puchong Perdana sejurus selepas
tamat kertas peperiksaan merdeka yang terakhir. SPM sudah pun berakhir. Semua
pelajar menarik nafas lega dan tidak sabar-sabar hendak menempuh alam baru.
“Merdekaa..
merdeka.. merdekaa” kata seorang pelajar berasa gembira setelah berakhir SPM.
“Alhamdulillah
habes jugak kertas terakhir aku” bisik aku
“Yang pasti..
No more school!!! Yahuuuu!!!” jerit kawan sebelahku.
“Yes! Kita
budak besar sekarang. Bukan budak sekolah lagi.” Sambung aku
“Betul..
betul.. tak ada kerja sekolah, tak yah nak belajar dan yang paling penting tak
ada lagi cikgu membebel. Haha aku suka laa.” Kata kawanku.
“Hep.. hep..
hep.. horray!! Hep.. hep.. hep.. horray!! Sekumpulan pelajar berasa gembira
tidak tertahan sehinggakan kalau boleh mereka nak menjerit sampai bergegarlah
satu sekolah.
Beginilah perasaan pelajar selepas berakhirnya SPM. Suka,
gembira, dan macam-macam lah perasaan tetapi yang pasti aku gembira. Walaupun
kertas terakhirku Biologi, pening kepala jugaklah nak menjawabnya, ada yang
pakai tibai je. Alhamdulillah aku dapat jawab dengan lancar. Hehe..
Hai kawan-kawan! Apa khabar semua
budak kelas 5 bestari 2010. Still remember me? I miss you all so much. Bila nak
buat reunion lagi? Insyallah saya boleh datang. Walaupun kita mungkin
berjauhan, ingatan saya pada kawan-kawan semua mana boleh lupa. You’re the best
class in the my life. Kini cuma kenangan yang sentiasa berada di mindaku. Thanks
for all my friends give me support to success. Siapa yang selalu kutuk aku,
kritik aku itu aku just anggap kelemahan diri aku sendiri untuk jadi yang
terbaik. It’s okey. Haha Sepanjang persekolahan, selama kita bersama dalam satu
kelas, kalau saya ada buat silap. I’m sorry. Maafkan saya.. maafkan saya..
maafkan saya.. haha ilysm warga 5 bestari 2010.
“Cikgu hajizum kenapa tutup mata?”, apalah cikgu ni, orang
tangkap gambar buka mata cikgu terbalik pulak. Hehe gurau sahaja. Cikgu hajizum
adalah guru kelas saya. Walaupun dia seorang yang garang macam singa (cikgu
disiplin) tetapi dia seorang cikgu yang baik di hati pelajar 5 bestari 2010.
Betul tak kawan-kawan? Sebuah kelas yang penuh dengan ceriaan kerana pernah
menang ‘sekali’ kod anugerah kelas terbersih dan ceria. Hehe lagipun kami
memang ceria lah sampai kene cop kelas terbising.. Senyum tak perlu kata
apa-apa. Itulah warga 5 best.
“Apahal kau ahmad?.
Tak puas hati cakap laa”. Haha relax-relax gurau je. Muka kau macam marah je
cuba smile cakap aku, kan nampak kecomelan di situ. Hehe perasan. Dari kanan,
itu saya (asyraf), ahmad yang garang, qardhawi tutup hidup sebab kene baling
dengan tepung campur telur, yang posing maut itu zulfikar aka brodong. Last
exam, kitaorang main baling tepung selepas keluar sekolah. Best woo, putih
melepak muka saya kene baling tepung. Naseb baek telur dah habis kalau tak bau
telur lah saya balik rumah. Haha. masa nie kami dengan team perempuan jela yang
ada, kawan lain entah ke mana, balik rumah kod. Kenangan sampai bila-bila.
Reunion pertama kelas 5 Bestary bertempat disebelah Sunway
saja. Tempat exclusive only for 5 Best. Semua bergaya bagai nak rak, saya
simple je just pakai baju kemeja purple (minat warna ungu) dengan seluar jean
hitam. Rasanya malam itu, saya la paling bergaya. Haha perasan saja lebih.
Aduhai.. Pn. Hajizum dengan suaminya pun datang bagi memeriahkan majlis jamuan.
“Kenapa cikgu tak bawa anak perempuan cikgu
itu?” bisik saya. Haha just kidding. Maaf ye cikgu .. Malam reunion
memang best walaupun ada kawan sekelas yang tak hadir, apa boleh buat mereka
ada alasan tersendiri. Gambar perempuan kelas 5 Best saya tak adalah, maaf ye!
Hmm I’m sorry again. Chill kay.
Like I say,
kami laa warga 5 bestari 2010 Sekolah Menengah Puchong Perdana….
Wednesday, 2 November 2011
Laman Muka Buku!
Sejak dari dulu lagi, Alif suka menghiburkan hatinya dengan chatting apabila berasa terlalu bosan ataupun stress. Selalunya bila Alif ada benda hendak di ceritakan pasti dengan akak kesayangannya. Walaupun bukan akak kandung tetapi Alif merasakan akak kesayangnya memahami akan dirinya sebenar. Selain itu, Alif juga mempunyai beberapa teman chatting yang rapat dengannya, antaranya ‘nenek tua’, dan ‘takde nama’.
Sedang asyik Alif membuat assignment di komputer, dia sempat membuka akaun Facebook. Tiba-tiba dia ternampak ‘nenek tua’ tulis kat wall pages dalam facebook. Alif teringat sudah lama dia tidak mendengar suara rakan chattingnya itu. Tinggalkan assignment terus mengambil telefon bimbit.
“Awak busy ke malam ni? Soalan pertama Alif sebaik sahaja Haliza menjawab telefon.
Haliza pelajar asasi di UM dan merupakan rakan chatting Alif yang masih berhubung hingga sekarang. Alif kekal memanggilnya ‘nenek tua’ kerana nama samaran itulah yang digunakan sewaktu di layar internet. Dulu Alif hanya chatting di myspace, dari laman web itulah dia mengenali Haliza. Daripada myspace ke facebook. Dulu myspace popular kini facebook pula. Alif hanya ikuti perkembangan sekarang kalau tak dia di anggap ketinggalan zaman oleh kawan-kawannya.
“Apa-apapun, berilah salam dulu.” Haliza menegur Alif
.
“Yela nek tua, assalamualaikum.” Alif memberi salam terpaksa.
“wa’alaikumussalam warahmatullah,” jawab Haliza dengan lembut.
“Hari ini saya tak busy pun, kenapa?” soal Haliza.
“Saya cadang nak jumpa dengan awak” jawab Alif.
“Hah..Apa? Ulang lagi sekali,” kata Haliza dengan terkejut.
“Saya nak jumpa dengan awak” jawab Alif sedikit gugup.
“Saya ini orangnya gemuk dan hitam. Sekiranya awak jumpa dengan saya mesti awak tak mahu kawan dengan saya lagi,” kata Haliza cuba membuat helah dengan menipu.
“Saya tak kisahlah wak, awak selalu beri alasan apabila saya mahu berjumpa,” kata Alif dengan nada tidak berpuas hati.
“Hmm saya tidak bersedia.” Jawab Haliza perlahan.
“Kita kan sudah berkenalan hampir ‘tiga’ tahun bukan, awak kata tak bersedia lagi?” nada suaranya mula meninggi.
Okey sampai sini sahaja cerita saya kali ini. Anda rasa patutkah Haliza berjumpa dengan Alif? Mereka sudah tiga tahun berkenalan tetapi tidak pernah berjumpa? Saya tinggalkn soalan ini. Sekian Terima Kasih.
Tuesday, 1 November 2011
Puitis untuk-MU
Please take your time to read this. I hope you guys enjoy when you read this poem. It’s truly from my soul. Hehe speaking konon. Baca dengan ikhlas. You’ll know what I mean it’s. Poyo saja.
Cinta,
Kau hadir dalam hidupku,
Kau beri aku kehidupan,
Kau beri aku ketenangan,
Kau mengajar aku,
Menyayangi dan disayangi,
Kau juga telah mengajarku,
Erti kehidupan,
Erti keikhlasan,
Erti cinta yang sebenar..
Cinta,
Kau datang tanpa dipaksa,
Kau datang tanpa diundang,
Setiap hari,
Setiap detik,
Setiap helaan nafasku,
Kusebut namamu,
Aku tak pernah melupakan,
Setiap saat kau dekat denganku,
Setiap detik kau sayangkan aku,
Ingin aku meluahkan,
Dari sudut dalam hatiku,
Yang aku,
Aku,
Mencintaimu… ya ALLAH
Jangan Ubah SeSeorang Kalau Diri Sendiri TAK Betul...
Saya seorang insan biasa cuma sekadar berpesan-pesan sahaja bukan memaksa kerana saya tahu paksaan bukan jalan terbaik untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Ini cuma pandangan saya. Sebelum saya teruskan, saya terbaca satu hadith bahawa Nabi Muhammad Saw pernah bersabda ‘”Sebelum mengubah seseorang, ubahlah diri sendiri, lepas itu keluargamu, jiranmu barulah masyarakat”. ALLAHU RABB. Mengikut hadith ini, berdakwah ataupun menasihati seseorang pun berperingkat-peringkat kan. Bismillahirahmanirahim Wallahu A'lam, kalau ada kesilapan sila betulkan. Melalui pandangan saya terhadap hadith Nabi SAW ini, sebelum menasihati seseorang perlulah menasihati diri kita terlebih dulu, bila kita dah yakin barulah menasihati kaum keluarga pulak. Kalau kita rasa kita dan keluarga dalam keadaan baik dan berpegang kuat pada agama islam barulah jiran tetangga ataupun kawan kita yang terdekat and lastly masyarakat setempat. Insyallah.
Mungkin ada diantara pembaca tahu bagaimana Nabi SAW kita berdakwah kan. Secara ringkasnya, Nabi SAW mulanya berdakwah secara rahsia secara sembunyi, berdakwah dengan keluarganya terdekat seperti Saidina Ali dan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Ini kerana baginda tahu bahawa masyarakat quraish sukar menerima agama baru iaitu islam. Bila turunnya wahyu daripada ALLAH menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah secara besar-besaran. Ada sebahagian masyarakat quraish menerima dan ada yang menolak dengan kasar tetapi baginda tetap bersabar. Akhirnya sampai sekarang, betapa ramai umat Muhammad iaitu islam yakni agama ALLAH. Alhamdulillah kita dilahirkan beragama islam dan dijanjikan syurga untuk kita, untuk semua orang islam.”Wah bestnye dapat masuk syurga.” Mestilah best. Cuba cakap siapa yang tak nak masuk syurga? Penagih dadah pun nak masuk syurga la kawan. Kalau tak percaya pergi tanya dorang. Hehe tapi kan boleh kita nak masuk syurga yang dijanjikan oleh ALLAH SWT. Amal ibadat kita cukup ke? Solat kita penuh ke? Puasa? Sedekah? Amal jariah?.. Hai sahabat yang saya hormati, adakah kita ini layak masuk ke syurga ALLAH ini. Memanglah kita dijanjikan syurga tetapi ingatlah syurga hanya untuk orang islam yang bertakwa kepada ALLAH. Kalau kita pun solat tak penuh? Amal ibadat tak cukup? Puasa tinggal? Kedekut nak sedekah? dan ibadah pun kita tinggal macamana lah kita nak masuk syurga wahai saudara/ri, peluang ke syurga amat nipis sangat-sangat. Entah-entah kita sama sahaja dengan orang kafir padahal yang membezakan orang islam dengan orang kafir adalah solat lima waktu, tapi takde lah siapa yang tak solat terus kafir, cuma fasik. Islam pada nama, jahil pada agama. Nak masuk syurga mesti ada tiket, tetapi kalau nak masuk neraka FREE saja. Apa tiket tu? Bertakwa pada ALLAH, buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. How about you all? mesti nak masuk syurga bukan, maka itu jom kita berjanji sama-sama bahawa kita akan ikut perintahnya dan tinggal larangannya.
Kita akan buat apa yang disuruh ALLAH dan meninggalkan larangannya,
Kita akan buat apa yang disuruh ALLAH dan meninggalkan larangannya.
Insyallah. Kita boleh kalau yakin pada diri sendiri kay. Don’t worry ALLAH always help us. Bila kita buat baik dapat balasan pahala, bila kita buat perkara jahat dapat balasan dosa. Tak kiralah dosa besar ke kecil pasti akan ada balasannya. Nabi SAW bersabda “ Setiap dosa yang engkau buat walaupun sebesar biji benih maka pasti ALLAH akan membalasnya….” Betapa hebatnya kuasa ALLAH. Yang penting buat baik dapat pahala kan. Betul tak? betul.. betul.. betul.. hehe Sebenarnya saya pun menasihati diri saya jugak almaklumlah saya bukannya alim sangat nak menasihati seseorang ni tetapi sebagai seseorang insan yang mengetahui sesuatu maka saya rasa tugas saya sekadar untuk berpesan-pesan kepada mereka yang tidak mengetahui tapi sesiapa yang ketahui insyallah tambah lagi ilmu pengetahuan anda. Yang penting syurga dan neraka, dosa pahala bukan saya yang menentukan tetapi ALLAH yang menentukan. Kita cuma merancang, ALLAH yang menentukan. Oleh itu, buatlah sesuatu perkara kerana ALLAH, insyallah kita akan dapat keberkatan daripadaNYA. Kita makan ingat ALLAH, kita pergi jalan ingat ALLAH, kita keluar dengan pakwe/makwe ingat ALLAH,konfem tak jadi keluar. Hehe Setiap perkara kita buat ingat ALLAH. Insyallah akhi/ukhti. Berdakwah dan menasihati seseorang perlulah niat untuk ALLAH bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk kelebihan kita itu. Sekian sampai sini saja. Jom kita ramai-ramai berazam untuk masuk syurga ALLAH kay. Sekian terima kasih kerana membaca.
Saturday, 29 October 2011
KUNCI SYURGA
Siap boleh nyanyi laa tau, Asyhadu An La ilaha illallah Wa Asyhadu Anna MuhammadarRasulullah, tiada tuhan melain ALLAH, nabi Muhammad pesuruh ALLAH. DiNyanyikan oleh group nasyid malaysia iaitu Raihan. Sambil-sambil itu boleh zikir jugak kan. Dah la dijanjikan syurga dapat pahala pulak itu. Buat satu dapat dua.Masyallah betapa sayangnya ALLAH pada kita. Islam ni simple jee tapi kita yang menyusahkan. Okey guys you all dah tahu bukan apa itu kunci syurga? Dah kan. Kita dah ketahui kunci syurga dan mempunyainya so apakata kita janji sama-sama tidak hilangkan kunci ini semasa menghadap ALLAH diakhirat nanti. Promise ya. Jaga baik-baik tau macam kita jaga benda yang kita sayang dalam dunia ini. Who didn’t know about this now you know the key of heaven! Kita sebut sambil beramal. Jangan kita hanya ucap dibibir kalimah yang mulia ini tapi perlakuan dan perbuatan bercanggah dengan apa yang kita ucapkan. Biarlah kita ucap kalimah syahadah ini sambil melaksanakan apa yang dimaksudkan. Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”. Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya. Okey faham ya kawan-kawan. Kita sebagai umat islam memang dijanjikan syurga tetapi kalau tidak buat apa yang disuruh ALLAH dan tinggalkan larangannya macamana nak masuk syurga. Samalah macam kita kerja jugak, kita dijanjikan untuk dapat gaji bulanan, tetapi kalau kita asyik2 tak datang kerja, masuk kerja lambat, buat kerja sambil lewa, tak berdisplin, sapa nak bagi kita gaji oii!! Hehe betul kan. ALLAH telah jadikan akal untuk berfikir so gunalah untuk berfikir tentangNYA. Ingatlaa ‘Inna Sholati Wa Nusuki Wa Mahyaya Wa Mamati Illahi Rabbil a’lamin’ maksudnya Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH TAALA. Dan lagi satu kita jangan lupa ‘inna sholata tanha anil fasha wal mungkar’ sesungguhnya solat itu dapat menghindari daripada berbuat perkara mungkar. It’s mean with solat kita dapat mengelak diri daripada melakukan dosa perkara jahat. Insyaallah
Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)
Alhamdulillah mungkin sampai sini sahaja tajuk kita kali ini ‘KUNCI SYURGA’ or dalam bahasa omputih ‘THE KEY OF KINGDOM OF HEAVEN’. Saya harap anda memahami apa yang saya cuba terangkan. Did you all get what I try to explain? please say yes. I hope so. Hehe bagi sesiapa yang masih tidak mengerti boleh comment or jumpa saya direct di facebook mchess1022@yahoo.com / asyraf muda. Sekian dari saya Wallahu A’lam.
Thursday, 27 October 2011
Kenapa wanita perlu tutup aurat?
Rasa-rasanya kenapa ya. Mesti sebab Allah suruh kan , tapi apa sebab allah suruh seluruh umatnya terutama kaum wanita menutup aurat . Jeng.. jeng .. jeng.. Terdapat pertanyaan disitu kan. Okey.. dalam Al- Quran telah termaktub yang menyuruh umat islam menutup aurat dalam surah An-Nur ayat ke-30 bagi lelaki manakala wanita ayat ke-31. Hah apalagi baca dan carilah meaning dia baru paham. Al-maklum laa kita ni bukan orang arab kan. Mereka kecik-kecik lagi dah pandai cakap arab. Hehe dalam ayat itu menerang kan kita sebagai umat islam wajib menutup aurat terhadap mereka yang bukan mahram kita. Insyaallah. Saya ada terbaca satu cerita yang mungkin agak interesting. Cerita ini berkaitan seorang wanita kristian yang mempelajari islam dan mengetahui kewujudan Allah SWT tetapi yang menyekat dalam pemikirannya adalah kenapa wanita islam perlu menutup aurat?. Dia dan sahabatnya yang juga seorang islam sudah berjumpa berpuluh-puluh ustaz tapi jawapan kesemua ustaz itu hampir sama dan takda satu jawapan pun memuaskan hati Jenny. Nama penuhnya Jennyfer tapi bukan laa Jennyfer Lopez tau. hehe Kebanyakan jawapan allah suruh so wajib pakai seperti yang difirmankan dalam Al-Quran dalam surah An-Nur ayat ke-31. Akhirnya Jenny putus asa kerana tak dapat jawapan yang dia inginkan. Satu hari, kawannya Murni mencadangkan supaya berjumpa dengan seorang ustaz nih tetapi Jenny tolak. Murni pujuk punya pujuk akhirnya Jenny mengalah lantas menyatakan di dalam hatinya ini adalah last chance. Selang beberapa hari, jumpalah mereka dengan ustaz itu. Namanya amirul dikenali sebagai ustaz amirul tapikan lagi sweet nama penulis ini kan. hehe (perasan). Sambung kembali ya. Lalu Jenny menanyakan soalan kepada ustaz amirul tiba-tiba murni terus menyampuk, beritahu ustaz itu bahawa Jenny memang terpikat dengan islam tetapi yang menyekatnye dari lafaz syahadah adalah kenapa wanita islam perlu menutup aurat? Dengan menarik nafaz panjang akhirnya dilepaskan. Ustaz amirul tersenyum simpul seakan memahami masalah yang dihadapi oleh Jenny ini. “ Boleh ustaz tanya sikit?” balas jenny “boleh saja”..
“Kamu pernah pergi pasaraya?”
“Pernah”
“Kamu pernah pergi kedai emas?”
“Pernah”
“Kamu pernah pergi pasar malam?”
“Pernah” jawab jenny dengan lancar.
“Okey dimana disimpan barang-barang berharga such as intan permata dan belian?” soal ustaz amirul.
“Mestilah kedai emas” kata jenny.
“Bagaimana pula keadaannya?” Tanya ustaz.
Balas jenny “ Dijaga dengan rapi dan kemas, disimpan didalam cermin kalis peluru takut dikhianati, tidak boleh dipegang sesuka hati”. Tambahnya lagi “kadang-kadang disimpan dalam peti besi yang hanya orang tertentu sahaja boleh melihat dan sentuhnya.”
“Hmm.. bagaimana pula dengan barangan kemas daripada jenis yang sama namun ia tiruan?.ustaz amirul menyoal jennyfer.
“Oh.. mudah didapati dan jumpa ditepi-tepi jalan, boleh dipegang sesuka hati malah tiada siapa yang sanggup mencuri kerana kemurahannya.” Kata jenny dengan yakin.
Hah sudah terang lagi bersuluhkan. Adakah pembaca mula faham tentang soalan yang dikemukakan oleh ustaz amirul itu. Saya rasa kamu faham kan. so tak yah laa saya nak terang kan lagi. Hehe .. okey okey maybe ada antara kamu still tak paham lagi kan. insyaallah saya akan sambung kembali cerita ini kerana cerita ini TAK habis lagi..
The story begin. Hehe speaking pulak lan. Sambung kembali…
“Begitu juga dengan wanita! Islam memandang tinggi terhadap wanita yang menutup aurat dan menjaga maruahnya. kenapa wanita islam perlu menutup aurat? Sebabnya anggota badan dan tubuh seorang wanita adalah suci. Tak kan lah nak biarkan tubuh yang suci ini dilihat oleh lelaki biasa. Tak kan nak biarkan tubuh yang suci ini dipegang-pegang sesuka hati. Biarlah orang yang tertentu sahaja boleh melihat dan sentuh iaitu your husband only. Not your boyfriend kay itu HARAM. Sama jugalah dengan intan permata, belian, barangan kemas yang sentiasa dijaga rapi, disimpan didlam cermin sebagai perhiasan dan disimpan dalam peti besi yang Cuma orang tertentu boleh melihat dan juga sentuh.” Kata ustaz amirul yang panjang lebar ceramahnya. Hehe
“Abis tuh wanita yang tak tutup aurat ni murahan laa dan boleh jumpa kat mana-mana?” soal jenny.
“Barangan kemas dari jenis yang sama namun ia barang tiruan samalah dengan wanita itu!, mereka sama tetapi pemikiran mereka telah dibasuh dan meniru dari orang putih yang menjajah asia tenggara dulu. *Hah ingat tak zaman penjajahan orang putih dulu, kalau tak ingat mesti sejarah fail kan. hehe gurau sahaja,. tetapi ingatlah meraka bukan murahan sebab nanti bila yang lelaki ini nak kahwen dengan mereka, konfem mintak mahal2 kan. hehe jangan ambil hati ya.okey sambung kembali..* “ wanita ini sebenarnya barang emas(suci) tapi mereka tiruan(ciplak orang putih punye stail). Disebabkan dorang ini meniru ataupun telah dibasuh otaknya oleh orang putih makanya jatuh taraf mereka dalam agama islam yang membawa mereka ke syurga kelak kerana dalam hadith nabi Muhammad SAW “ tidak akan masuk syurga dua golongan ini pertama iaitu penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok semasa berjalan, menhayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di kepala) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga serta mencium bau wanginya. Na’uzubillah itulah sebab kenapa wanita perlu menutup aurat seprti yang tertera dalam surah An-Nur ayat ke-31. Insyallah .
Akhirnya jenny berasa tenang dan puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ustaz amirul. Dengan nafas panjang jenny melafazkan kalimah syahadah dengan lancar berdepankan ustaz itu. Oleh itu pembaca sekalian, marilah kita mengambil sedikit iktibar dalam cerita ini. Insyaallah. Sekian terima kasih kerana membaca. WAllahu A'lam
JaNGan bERUbAH SeBaB SeseOraNG
Bismillahirahmanirahim, apa khabar? Saya harap anda dalam keadaan sihat ya, kalau yang pening makan panadol, yang saket masuk bilik TIDO! Hehe take care la kata kan. Okey tajuk kali “ don’t change for someone else”. Hah kenapa pulak tak boleh berubah sebab seseorang? Sebab saya kata tak boleh lah tak boleh. Hehe takde laa gurau sahaja. Insyaallah saya akan terangkan melalui pengalaman saya sendiri, lelaki tuh member baik saya. Kami selalu jugak la kongsi pelbagai cerita kata pun kawan baik kan. Lelaki ini namanya polan (bukan nama sebenar) ceritalah yang dia ada awek, minah (bukan nama sebenar). Minah ni agak sosial jugaklah dan ramai kenalan lelaki tetapi yang penting belum terlanjur lagi. Saya bukan nak mengata tapi saya cuba jadikan pengalaman saya ini sebagai iktibar bagi kita semua kay.
Si polan ini pun cerita macam mana kisah cinta mereka berputik, kat mana bertemu. Menyampah pulak saya, asyik-asyik dok dengar orang bercinta yang saya ni still membujang sampai la ni. Aduhai.. hehe Dorang mintak couple dalam message, kononnya dua-dua shy-shy cat (malu-malu kucing). Sebelum mereka couple, polan mintak kalau mereka couple, minah yang free hair must tutup aurat ala kira pakai tudung.. Minah yang free hair dulu mula keluar pakai tudung walaupun mula-mula memang rimas. Apa orang kata “slow-slow”. Ramai kawan-kawan minah naik hairan dan minah juga semakin menjadi pendiam dalam kelas. Dulu punyelah aktif bercakap sekarang pendiam. Ada jugaklah yang mengata dan peril tapi polan suruh minah bersabar kerana ingin menjadi seorang yang baik banyak rintangannya lagipun sabar itu separuh daripada iman kan.
Bagi saya, minah amat sayangkan polan itu yang sanggup berubah tetapi sayang dia bukan berubah kerana ALLAH.. Ingatlah sayangkan manusia mati, sayangkan ALLAH kekal abadi. ALLAHU RABB!! Okey kita sambung kembali, banyak kritikan dan cabaran yang ditempuhi oleh minah misal kawan-kawannya mula menjauhi, dia redha mungkin tiba masanya untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Akhirnya mereka couple jugak, dalam sebulan mereka couple, mereka ada sekali keluar pergi jalan-jalan. Sebelum itu, polan ni kuat agama dan banyak beri nasihat baik-baik kepada saya. Macam mana la pulak polan ni bercerita kat saya yang dia berpegangan tangan. Ala sweet couple konon. Padahal dia tahu haram dan berdosa tetapi dia lakukan jugak. What happen to you bro! why? .. Dia berkata “sebenarnya macam ni, mula-mula memanglah kami berjauhan, tak tahulah macamana boleh tergesel bahu then tangan kami tersentuh so terpeganglah”.. sambil ketawa.
“Ayoi appa,” kata saya sambil tepuk dahi. “ Yela nak buat apa lagi,nanti buat tu ish..ish..ish.. dosa-dosa!!”. “ Habeh’ pegang tangan tak dosa lah”, balas saya. “ eyh..eyh.. bukan kau ke ajar aku cinta-cinta ni!” kata polan. “ itu dulu bro, haram tetap haram, dosa tetap dosa”.. “ Ye aku tahu tapi….”. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Bila kita berduaan dengan seseorang yang bukan mahram, maka akan ada orang ketiga iaitu Jeng.. jeng.. jeng apa dia? Syaitan laa apa lagi seperti mana hadith sahih. Tak kesahlah kita dalam kumpulan yang ramai, selagi pergaulan itu bukan sesama mahram tetap jugak ada syaitan. Walaupun kita tak nampak dengan mata kasar tetapi kita wajib tahu wujudnya si setan ni. Selalu dok hasut kita buat jahat, apaboleh buat dah itu kejenya. Iblis berkata kepada ALLAH “ wahai tuhan, aku akan sesatkan anak cucu adam..” itu yang masa bulan puasa sapa yang tak puasa dia laa setan. Hehe gurau saja. Si polan meneruskan, kami hanya dapat bertahan selama tiga bulan saja mungkin aku tak sepadan dengannya (padahal ada alasan lain). “Sapa mintak clash?”. “Entah la cap, yang penting aku dah clash”, kata polan. “Abeh polan, macamana dengan minah tu? Dia terima tak?”. “Macam ni cap (saya), aku cakap dengan dia yang kita takda jodoh, mula-mula memang dia tak terima.. aku cakaplah yang aku yang aku takde perempuan lain yang baik macam dia tapi apa kan daya kata hati mesti dituruti”. “So dia terima dengan redha la ni?”. “Maybe kod” jawab polan sepatah.
Masa itu satu je saya fikir macamana kalau dia kembali perangai asal balek. “Aku dah pesan kat dia bahawa ALLAH akan memisahkan kita suatu hari dan dia mesti redha dengan takdir illahi” kata polan. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, sekarang minah itu still pakai tudung tapi cuma yang tak berubah baju lengan pendek dan mengharapkan seseorang untuk menemani hidupnya (couple la ni). Bukan apa cik akak, abang. Saya tak menafikan hidup kita mesti berteman, ada orang take care, rasa menyayangi dan disayangi, tetapi tak kan lah kita nak biarkan diri kita digelumang dengan dosa COUPLE termasuklah saya. Saya juga tidak menafikan minah itu sudah jadi baik dari dulu disebabkan si polan ni. I think la if her change for ALLAH gerenti muslimah sejati MARI!! Hehe Setiap cerita saya ada pengajaran dan iktibar yang kita boleh kongsi bersama. Okey kita ambil contoh, minah yang mulanya sosial berubah jadi baik, alhamdullillah. Bagi polan pulak sudah terbalik maa, seorang yang kuat agama berubah jadi seorang justifikasi (justification) seorang yang menegakkan kebenaran walaupun dia tahu dia salah disebabkan minah itu.
Saya bukan nak aibkan dia, siapalah saya nak tentukan dosa pahala seseorang, tetapi caranya salah dari sisi agama, memanglah niat baik untuk mengubahkan seseorang jadi baik tapi janganlah sampai diri terabai. Ada satu hadith sahih bukhari “ halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara mussyabbihat (syubhat/yang tidak diketahui halal haramnya). Barangsiapa yang menjaga hal-hal mussyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya………………. Ketahuilah bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya manakala apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.”
Saya tahu dia memang baik sehinggalah sekarang. Okey guys, apa yang penting ‘Sebelum nak mengubah seseorang, ubahlah diri kita dulu’. Insyallah. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati……
Cinta itu indah, hidup itu mutiara, cinta manusia sering pudah, tetapi cinta ALLAH kekal selamanya. Saya ASYRAF MUDA. Islam nie simple jee. sekian
Friday, 21 October 2011
Oh! manusia.....
Kring.. kring.. kring.. bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan sesi pagi. Kebanyakan pelajar berlari berpusu-pusu untuk balek ke rumah masing-masing tetapi 3 sekawan ini tidak. Muna, aalip dan juga afiq, mereka berkawan sejak dari ting 2 hinggalah ting 4.. Mereka bercadang untuk belajar bersama-sama selepas waktu persekolahan di perpustakaan. Al-maklumlah periksa akhir tahun nak dekat.. Aalip yang mencadang untuk stady, Muna dan Afiq cume angguk kepala saja..
Aalip: weyh kawan, apakata kita spend time untuk stady lepas sekolah ni?
Muna: hmm... tanyelah afiq?
Afiq: aku oke jee. Jom laa muna, kita belajar sama2..
Muna: aaa.. okelah set pas balek sekolah ye.
Lepas tamat waktu persekolahan sesi pagi, aalif terus ke library seprti yang dijanjikan. Aalif keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa didalam perpustakaan itu. Tunggu punye tunggu sudah sejam aalif berada didalam library itu, satu batang hidung pun tak nampak budak dua ekor itu. Perasaan membara membuatkan hati aalif ingin balek ke rumah. Tut..tut..tut.. handphone aalif berbunyi, ada satu mesej dari afiq mengata "sorry aku tak dapat laa, ada hal".. dalam waktu yang sama muna mesej menyatakan "maaf aalif, aku terlupa laa da sampai rumah baru teringat".. Perasan aalif marah membara plus plus laa tapi dia ingat pesan arwah ayahnya berpesan "sabar itu separuh daripada iman dan ingatlah marah itu hasutan syaitan", dia sabar sahaja dengan dua perangai kawan itu.
Keesokan harinya, muna dan afiq meminta maaf kerana tidak menepati janjinya kepada aalif. Dengan rasa simpati, aalif maafkan saja. Lagipun aalif tahu bukan sekali dua kali tapi dah berkali-kali, nak buat macamana kawan lama sejak ting2 la katakan.. Sekarang tiba waktu Pn.yalayah yang mengajar subjek sejarah di kelas mereka, aalif,muna,dan juga afiq satu group kene buat perbentangan mengenai pra-sejarah. Perbincangan oleh mereka.
Muna: aalif! kau kan pandai sejarah, kau bentang eyh. Kene siap esok pulak tuh..
Aalif: aku sorang laa kene bentang abih kau buat apa?
Muna: ala nanti aku sedia laa kertas mahjung.. promise promise
Aalif: hmmm yela..yelaa.. tapi kita kene buat sama-sama, yang kau afiq jangan nak mengelak, tolong aku jugak..
Afiq: aku lagi.. dont worry i will help you fren, balek nanti jumpa kat perpustakaan kay.
Aalif, afiq dan muna bersetuju untuk stay back buat perbentangan lepas balek sekolah. Bila bunyi loceng berbunyi habis tamat sekolah, seperti biasa aalif terus pergi ke library manakala muna dan afiq serta kawannya yang lain pergi ke kantin sebab lapar.. Di kantin, muna dan afiq....
Afiq: Muna, aku penat laa macam malas pulak nak gi library?
Muna: aku pon sama tapi kita dah janji kan, nak buat sama-sama.
Afiq: kau sorang je janji aku angguk je.. Aku nak balek la.
Muna: tapi aalif mesti dah tunggu kat sana, esok dah kene buat perbentangan kalau tak siap konfem 'singa'(Pn yalayah) mengamuk sakan.
Afiq: ala muna, relax laa aalif kan ada pandai-pandai la dia buat, dia kan pandai sejarah. Dah laa aku nak balek lepastuh jangan lupa pulak say sorry kat aalif kat phone macam biasa.
Muna: kalau macam tuh. sekali la kita, aku pun ada hal sikit kat rumah. Jumpa esok!
Aalif membelek-belek buku sejarah sementara menunggu kedatangan kawannya. Semakin lama aalif berada di dalam library semakin panas pulak dirasanya.( bukan disebabkan library tuh panas tapi hati alif yang panas kerana sejam menunggu tak sampai muna dan afiq). Aalif berbisik " budak dua ekor nie nak kene, dah janji pastu tak tepati, buat aku sakit hati, nak je simbah asid kat dorang baru puas hati" dalam keadaan marah. Akhirnya aalif beli kertas mahjung dan buat laa kerja perbentangan sejarah sorang-sorang kat dalam perpustakaan.
Kesokan harinya, aalif membuat keputusan tidak bertegur sapa dengan muna dan afiq. Muna pujuk aalif supaya memaafkan dia. Sebegitu juga dengan afiq. Perbualan mereka berterusan..
Muna dan Afiq: Maafkan kami, aalif!
Aalif: (Berpaling dalam keadaan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka)
Muna: Aalif, maaflah aku bukan senjaga, aku ada hal kat rumah..
Afiq: Aku pun sama. maaflah ye. kami janji tak buat lagi.
Aalif: Habis tuh, korang tinggalkan aku sorang-sorang kat library laa. Cakap jela kau nak aku buat kertas perbentangan ni. Buat lah 1001 alasan aku dah tak percaya korang.(nada marah)
Muna: Jangan macam ni aalif, kita kan kawan. Sorry laa.
Aalif: oh kawan ye. bila janji korang mungkir, bila bercakap korang dua orang berbohong(tipu), bila amanah diberi korang kianat( masa muna janji dia nak beli kertas mahjung, aalif mempercayai tetapi aalif sendiri yang membelinya). Ini korang kata kawan, korang ni kan kawan macam mana hah.. Macam MUNAFIQ!!!
Hah padanlah, sorang muna sorang lagi afiq, dua-dua perangai macam munafiq(sama pulak nama dorang). Ish..ish..ish.. harapkan islam pada nama tapi jahil pada agama. Astaghfirullahalazim.. Muna yang seorang india muslim tidak tepati janjinya, tidak bercakap benar malah tidak berpegang pada amanah. Afiq juga sama knianat kawannya sendiri dengan mungkir pada janji serta berbohong apabila bicara. Harap kita mengambil iktibar dari cerita ini ye. Jangan pulak kita jadi macam muna dan afiq (MUNAfiq) hehe.. boleh ya kawan-kawan. Dalam hadith Nabi SAW bersabda "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)." jadi apakah kita tergolong dalam golongan munafik? jika kita ada salah satu daripada tiga keadaan ini ataupun ketiga-tiganya maka baik kita jauhilah agar tidak dihukum dengan api neraka kelak di akhirat oleh ALLAH SWT. So it's mean siapa yang 'ter'buat termasuklah diri saya sendiri, oleh itu jomlah kita taubat sama-sama kay kerana ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sekian dari 'Islam ni simple jee'
Muna: aaa.. okelah set pas balek sekolah ye.
Lepas tamat waktu persekolahan sesi pagi, aalif terus ke library seprti yang dijanjikan. Aalif keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa didalam perpustakaan itu. Tunggu punye tunggu sudah sejam aalif berada didalam library itu, satu batang hidung pun tak nampak budak dua ekor itu. Perasaan membara membuatkan hati aalif ingin balek ke rumah. Tut..tut..tut.. handphone aalif berbunyi, ada satu mesej dari afiq mengata "sorry aku tak dapat laa, ada hal".. dalam waktu yang sama muna mesej menyatakan "maaf aalif, aku terlupa laa da sampai rumah baru teringat".. Perasan aalif marah membara plus plus laa tapi dia ingat pesan arwah ayahnya berpesan "sabar itu separuh daripada iman dan ingatlah marah itu hasutan syaitan", dia sabar sahaja dengan dua perangai kawan itu.
Keesokan harinya, muna dan afiq meminta maaf kerana tidak menepati janjinya kepada aalif. Dengan rasa simpati, aalif maafkan saja. Lagipun aalif tahu bukan sekali dua kali tapi dah berkali-kali, nak buat macamana kawan lama sejak ting2 la katakan.. Sekarang tiba waktu Pn.yalayah yang mengajar subjek sejarah di kelas mereka, aalif,muna,dan juga afiq satu group kene buat perbentangan mengenai pra-sejarah. Perbincangan oleh mereka.
Muna: aalif! kau kan pandai sejarah, kau bentang eyh. Kene siap esok pulak tuh..
Aalif: aku sorang laa kene bentang abih kau buat apa?
Muna: ala nanti aku sedia laa kertas mahjung.. promise promise
Aalif: hmmm yela..yelaa.. tapi kita kene buat sama-sama, yang kau afiq jangan nak mengelak, tolong aku jugak..
Afiq: aku lagi.. dont worry i will help you fren, balek nanti jumpa kat perpustakaan kay.
Aalif, afiq dan muna bersetuju untuk stay back buat perbentangan lepas balek sekolah. Bila bunyi loceng berbunyi habis tamat sekolah, seperti biasa aalif terus pergi ke library manakala muna dan afiq serta kawannya yang lain pergi ke kantin sebab lapar.. Di kantin, muna dan afiq....
Afiq: Muna, aku penat laa macam malas pulak nak gi library?
Muna: aku pon sama tapi kita dah janji kan, nak buat sama-sama.
Afiq: kau sorang je janji aku angguk je.. Aku nak balek la.
Muna: tapi aalif mesti dah tunggu kat sana, esok dah kene buat perbentangan kalau tak siap konfem 'singa'(Pn yalayah) mengamuk sakan.
Afiq: ala muna, relax laa aalif kan ada pandai-pandai la dia buat, dia kan pandai sejarah. Dah laa aku nak balek lepastuh jangan lupa pulak say sorry kat aalif kat phone macam biasa.
Muna: kalau macam tuh. sekali la kita, aku pun ada hal sikit kat rumah. Jumpa esok!
Aalif membelek-belek buku sejarah sementara menunggu kedatangan kawannya. Semakin lama aalif berada di dalam library semakin panas pulak dirasanya.( bukan disebabkan library tuh panas tapi hati alif yang panas kerana sejam menunggu tak sampai muna dan afiq). Aalif berbisik " budak dua ekor nie nak kene, dah janji pastu tak tepati, buat aku sakit hati, nak je simbah asid kat dorang baru puas hati" dalam keadaan marah. Akhirnya aalif beli kertas mahjung dan buat laa kerja perbentangan sejarah sorang-sorang kat dalam perpustakaan.
Kesokan harinya, aalif membuat keputusan tidak bertegur sapa dengan muna dan afiq. Muna pujuk aalif supaya memaafkan dia. Sebegitu juga dengan afiq. Perbualan mereka berterusan..
Muna dan Afiq: Maafkan kami, aalif!
Aalif: (Berpaling dalam keadaan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka)
Muna: Aalif, maaflah aku bukan senjaga, aku ada hal kat rumah..
Afiq: Aku pun sama. maaflah ye. kami janji tak buat lagi.
Aalif: Habis tuh, korang tinggalkan aku sorang-sorang kat library laa. Cakap jela kau nak aku buat kertas perbentangan ni. Buat lah 1001 alasan aku dah tak percaya korang.(nada marah)
Muna: Jangan macam ni aalif, kita kan kawan. Sorry laa.
Aalif: oh kawan ye. bila janji korang mungkir, bila bercakap korang dua orang berbohong(tipu), bila amanah diberi korang kianat( masa muna janji dia nak beli kertas mahjung, aalif mempercayai tetapi aalif sendiri yang membelinya). Ini korang kata kawan, korang ni kan kawan macam mana hah.. Macam MUNAFIQ!!!
Hah padanlah, sorang muna sorang lagi afiq, dua-dua perangai macam munafiq(sama pulak nama dorang). Ish..ish..ish.. harapkan islam pada nama tapi jahil pada agama. Astaghfirullahalazim.. Muna yang seorang india muslim tidak tepati janjinya, tidak bercakap benar malah tidak berpegang pada amanah. Afiq juga sama knianat kawannya sendiri dengan mungkir pada janji serta berbohong apabila bicara. Harap kita mengambil iktibar dari cerita ini ye. Jangan pulak kita jadi macam muna dan afiq (MUNAfiq) hehe.. boleh ya kawan-kawan. Dalam hadith Nabi SAW bersabda "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)." jadi apakah kita tergolong dalam golongan munafik? jika kita ada salah satu daripada tiga keadaan ini ataupun ketiga-tiganya maka baik kita jauhilah agar tidak dihukum dengan api neraka kelak di akhirat oleh ALLAH SWT. So it's mean siapa yang 'ter'buat termasuklah diri saya sendiri, oleh itu jomlah kita taubat sama-sama kay kerana ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sekian dari 'Islam ni simple jee'
Subscribe to:
Posts (Atom)





