Wednesday, 2 November 2011

Laman Muka Buku!


Sejak dari dulu lagi, Alif suka menghiburkan hatinya dengan chatting apabila berasa terlalu bosan ataupun stress. Selalunya bila Alif ada benda hendak di ceritakan pasti dengan akak kesayangannya. Walaupun bukan akak kandung tetapi Alif merasakan akak kesayangnya memahami akan dirinya sebenar. Selain itu, Alif juga mempunyai beberapa teman chatting yang rapat dengannya, antaranya ‘nenek tua’, dan ‘takde nama’.

       Sedang asyik Alif membuat assignment di komputer, dia sempat membuka akaun Facebook. Tiba-tiba dia ternampak ‘nenek tua’ tulis kat wall pages dalam facebook. Alif teringat sudah lama dia tidak mendengar suara rakan chattingnya itu. Tinggalkan assignment terus mengambil telefon bimbit.
  
       “Awak busy ke malam ni? Soalan pertama Alif  sebaik sahaja Haliza menjawab telefon.

       Haliza pelajar asasi di UM dan merupakan rakan chatting Alif yang masih berhubung hingga sekarang. Alif kekal memanggilnya ‘nenek tua’ kerana nama samaran itulah yang digunakan sewaktu di layar internet. Dulu Alif hanya chatting di myspace, dari laman web itulah dia mengenali Haliza. Daripada myspace ke facebook. Dulu myspace popular kini facebook pula. Alif hanya ikuti perkembangan sekarang kalau tak dia di anggap ketinggalan zaman oleh kawan-kawannya.

    “Apa-apapun, berilah salam dulu.” Haliza menegur Alif
.
    “Yela nek tua, assalamualaikum.” Alif memberi salam terpaksa.

    “wa’alaikumussalam warahmatullah,” jawab Haliza dengan lembut.

    “Hari ini saya tak busy pun, kenapa?” soal Haliza.

    “Saya cadang nak jumpa dengan awak” jawab Alif.

    “Hah..Apa? Ulang lagi sekali,” kata Haliza dengan terkejut.

    “Saya nak jumpa dengan awak” jawab Alif sedikit gugup.

    “Saya ini orangnya gemuk dan hitam. Sekiranya awak jumpa dengan saya mesti awak tak mahu kawan dengan saya lagi,” kata Haliza cuba membuat helah dengan menipu.

    “Saya tak kisahlah wak, awak selalu beri alasan apabila saya mahu berjumpa,” kata Alif dengan nada tidak berpuas hati.

    “Hmm saya tidak bersedia.” Jawab Haliza perlahan.

    “Kita kan sudah berkenalan hampir ‘tiga’ tahun bukan, awak kata tak bersedia lagi?” nada suaranya mula meninggi.


Okey sampai sini sahaja cerita saya kali ini. Anda rasa patutkah Haliza berjumpa dengan Alif? Mereka sudah tiga tahun berkenalan tetapi tidak pernah berjumpa? Saya tinggalkn soalan ini. Sekian Terima Kasih.
    

No comments:

Post a Comment