Saturday, 29 October 2011

KUNCI SYURGA

                                                                      

‘KUNCI SYURGA’ atau 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN' . Hah apa itu kunci syurga? Ada ke? Syurga pun ada kunci jugak ke? Pelbagai pertanyaan dalam minda anda kan. Okey.. saya akan cuba jelaskan dengan ringkas dan padat kay. Insyaallah. Do you know about key of heaven or you didn’t know at all? Let’s me explain. Hehe sekali sekala mau speaking, boleh ye.. Bismillahirahmanirahim Wallahu a’lam. Kalau ada salah silap mintak tolong perbetulkan kerana saya pun kadang-kadang ada jugak tersalah kata. Kembali pada tajuk, ‘kunci syurga’ bukan syurga cinta eyh, laen-laen. Syurga pun ada kunci jugak ke, nak beli kat mana? Mesti laa ada kawan, tak kan laa nak masuk rumah kita je guna kunci kan, nanti nak masuk syurga ALLAH pun ada pintu jugak. Kalau dah ada pintu must have a key right tapi mana nak dapat kunci untuk bukak pintu syurga. Mana nak dapat? Pegi la beli kat kedai kalau jumpa. 100% mesti korang tak jumpa punya. Hehe  Maaf maaf saya banyak bercerita pulak kan, yelaa saya direct to the point ye 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN' is Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa tiada tuhan melain ALLAH  dan nabi Muhammad pesuruh ALLAH’...lah tu je ke? Hah itu jela. Bagi menguatkan lagi, Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Imam Ahmad).Senang je nak masuk syurga kan, insyaallah. Lagipun masa kita dok sembahyang lima waktu setiap hari selalu ucap kalimah ini masa kita duduk takhiyat awal dan akhir. 

      Siap boleh nyanyi laa tau, Asyhadu An La ilaha illallah Wa Asyhadu Anna MuhammadarRasulullah, tiada tuhan melain ALLAH, nabi Muhammad pesuruh ALLAH. DiNyanyikan oleh group nasyid malaysia iaitu Raihan. Sambil-sambil itu boleh zikir jugak kan. Dah la dijanjikan syurga dapat pahala pulak itu. Buat satu dapat dua.Masyallah betapa sayangnya ALLAH pada kita. Islam ni simple jee tapi kita yang menyusahkan. Okey guys you all dah tahu bukan apa itu kunci syurga? Dah kan. Kita dah ketahui kunci syurga dan mempunyainya so apakata kita janji sama-sama tidak hilangkan kunci ini semasa menghadap ALLAH diakhirat nanti. Promise ya. Jaga baik-baik tau macam kita jaga benda yang kita sayang dalam dunia ini. Who didn’t know about this now you know the key of heaven! Kita sebut sambil beramal. Jangan kita hanya ucap dibibir kalimah yang mulia ini tapi perlakuan dan perbuatan bercanggah dengan apa yang kita ucapkan. Biarlah kita ucap kalimah syahadah ini sambil melaksanakan apa yang dimaksudkan. Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”. Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
        
       'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya. Okey faham ya kawan-kawan. Kita sebagai umat islam memang dijanjikan syurga tetapi kalau tidak buat apa yang disuruh ALLAH dan tinggalkan larangannya macamana nak masuk syurga. Samalah macam kita kerja jugak, kita dijanjikan untuk dapat gaji bulanan, tetapi kalau kita asyik2 tak datang kerja, masuk kerja lambat, buat kerja sambil lewa, tak berdisplin, sapa nak bagi kita gaji oii!! Hehe betul kan. ALLAH telah jadikan akal untuk berfikir so gunalah untuk berfikir tentangNYA. Ingatlaa ‘Inna Sholati Wa Nusuki Wa Mahyaya Wa Mamati Illahi Rabbil a’lamin’ maksudnya Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH TAALA. Dan lagi satu kita jangan lupa ‘inna sholata tanha anil fasha wal mungkar’ sesungguhnya solat itu dapat menghindari daripada berbuat perkara mungkar. It’s mean with solat kita dapat mengelak diri daripada melakukan dosa perkara jahat. Insyaallah

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

       Alhamdulillah mungkin sampai sini sahaja tajuk kita kali ini ‘KUNCI SYURGA’ or dalam bahasa omputih ‘THE KEY OF KINGDOM OF HEAVEN’. Saya harap anda memahami apa yang saya cuba terangkan. Did you all get what I try to explain? please say yes. I hope so. Hehe bagi sesiapa yang masih tidak mengerti boleh comment or jumpa saya direct di facebook mchess1022@yahoo.com / asyraf muda. Sekian dari saya Wallahu A’lam.

Thursday, 27 October 2011

Kenapa wanita perlu tutup aurat?


Rasa-rasanya kenapa ya. Mesti sebab Allah suruh kan , tapi apa sebab allah suruh seluruh umatnya terutama kaum wanita menutup aurat . Jeng.. jeng .. jeng..  Terdapat pertanyaan disitu kan. Okey..  dalam Al- Quran telah termaktub yang menyuruh umat islam menutup aurat dalam surah An-Nur ayat ke-30 bagi lelaki manakala wanita ayat ke-31. Hah apalagi baca dan carilah meaning dia baru paham. Al-maklum laa kita ni bukan orang arab kan. Mereka kecik-kecik lagi dah pandai cakap arab. Hehe  dalam ayat itu menerang kan kita sebagai umat islam wajib menutup aurat terhadap mereka yang bukan mahram kita. Insyaallah. Saya ada terbaca satu cerita yang mungkin agak interesting. Cerita ini berkaitan seorang wanita kristian yang mempelajari islam dan mengetahui kewujudan Allah SWT tetapi yang menyekat dalam pemikirannya adalah kenapa wanita islam perlu menutup aurat?.  Dia dan sahabatnya yang juga seorang islam sudah berjumpa berpuluh-puluh ustaz tapi jawapan kesemua ustaz itu hampir sama dan takda satu jawapan pun memuaskan hati Jenny. Nama penuhnya Jennyfer tapi bukan laa Jennyfer Lopez tau. hehe Kebanyakan jawapan allah suruh so wajib pakai seperti yang difirmankan dalam Al-Quran dalam surah An-Nur ayat ke-31. Akhirnya Jenny putus asa kerana tak dapat jawapan yang dia inginkan. Satu hari, kawannya Murni mencadangkan supaya berjumpa dengan seorang ustaz nih tetapi Jenny tolak. Murni pujuk punya pujuk akhirnya Jenny mengalah lantas menyatakan di dalam hatinya ini adalah last chance. Selang beberapa hari, jumpalah mereka dengan ustaz itu. Namanya amirul dikenali sebagai ustaz amirul tapikan lagi sweet nama penulis ini kan. hehe (perasan). Sambung kembali ya. Lalu Jenny  menanyakan soalan kepada ustaz amirul tiba-tiba murni terus menyampuk, beritahu ustaz itu bahawa Jenny memang terpikat dengan islam tetapi yang menyekatnye dari lafaz syahadah adalah kenapa wanita islam perlu menutup aurat? Dengan menarik nafaz panjang akhirnya dilepaskan. Ustaz amirul tersenyum simpul seakan memahami masalah yang dihadapi oleh Jenny ini. “ Boleh ustaz tanya sikit?” balas jenny “boleh saja”..

“Kamu pernah pergi pasaraya?”
“Pernah”
“Kamu pernah pergi kedai emas?”
“Pernah”
“Kamu pernah pergi pasar malam?”
“Pernah” jawab jenny dengan lancar.
“Okey dimana disimpan barang-barang berharga such as intan permata dan belian?” soal ustaz amirul.
“Mestilah kedai emas” kata jenny.
“Bagaimana pula keadaannya?” Tanya ustaz.
Balas jenny “ Dijaga dengan rapi dan kemas, disimpan didalam cermin kalis peluru takut dikhianati, tidak boleh dipegang sesuka hati”. Tambahnya lagi “kadang-kadang disimpan dalam peti besi yang hanya orang tertentu sahaja boleh melihat dan sentuhnya.”
“Hmm.. bagaimana pula dengan barangan kemas daripada jenis yang sama namun ia tiruan?.ustaz amirul menyoal jennyfer.
“Oh.. mudah didapati dan jumpa ditepi-tepi jalan, boleh dipegang sesuka hati malah tiada siapa yang sanggup mencuri kerana kemurahannya.” Kata jenny dengan yakin.

Hah sudah terang lagi bersuluhkan. Adakah pembaca mula faham tentang soalan yang dikemukakan oleh ustaz amirul itu. Saya rasa kamu faham kan. so tak yah laa saya nak terang kan lagi. Hehe .. okey okey maybe ada antara kamu still tak paham lagi kan. insyaallah saya akan sambung kembali cerita ini kerana cerita ini TAK habis lagi..

The story begin. Hehe speaking pulak lan. Sambung kembali…

“Begitu juga dengan wanita!  Islam memandang tinggi terhadap wanita yang menutup aurat dan menjaga maruahnya. kenapa wanita islam perlu menutup aurat? Sebabnya anggota badan dan tubuh seorang wanita adalah suci. Tak kan lah nak biarkan tubuh yang suci ini dilihat oleh lelaki biasa. Tak kan nak biarkan tubuh yang suci ini dipegang-pegang sesuka hati. Biarlah orang yang tertentu sahaja boleh melihat dan sentuh iaitu your husband only. Not your boyfriend kay itu HARAM. Sama jugalah dengan intan permata, belian, barangan kemas yang sentiasa dijaga rapi, disimpan didlam cermin sebagai perhiasan dan disimpan dalam peti besi yang Cuma orang tertentu boleh melihat dan juga sentuh.” Kata ustaz amirul yang panjang lebar ceramahnya. Hehe

“Abis tuh wanita yang tak tutup aurat ni murahan laa dan boleh jumpa kat mana-mana?” soal jenny.
“Barangan kemas dari jenis yang sama namun ia barang tiruan samalah dengan wanita itu!, mereka sama tetapi pemikiran mereka telah dibasuh dan meniru dari orang putih yang menjajah asia tenggara dulu. *Hah ingat tak zaman penjajahan orang putih dulu, kalau tak ingat mesti sejarah fail kan. hehe gurau sahaja,. tetapi ingatlah meraka bukan murahan sebab nanti bila yang lelaki ini nak kahwen dengan mereka, konfem mintak mahal2 kan. hehe jangan ambil hati ya.okey sambung kembali..* “ wanita ini sebenarnya barang emas(suci) tapi mereka tiruan(ciplak orang putih punye stail). Disebabkan dorang ini meniru ataupun telah dibasuh otaknya oleh orang putih makanya jatuh taraf mereka dalam agama islam yang membawa mereka ke syurga kelak kerana dalam hadith nabi Muhammad SAW “ tidak akan masuk syurga dua golongan ini pertama iaitu penguasa yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor sapi yang digunakan untuk memukul orang. Kedua perempuan yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok semasa berjalan, menhayun-hayunkan bahu. Kepala mereka(sanggul di kepala) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga serta mencium bau wanginya. Na’uzubillah   itulah sebab kenapa wanita perlu menutup aurat seprti yang tertera dalam surah An-Nur ayat ke-31. Insyallah .
Akhirnya jenny berasa tenang dan puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh ustaz amirul. Dengan nafas panjang jenny melafazkan kalimah syahadah dengan lancar berdepankan ustaz itu. Oleh itu pembaca sekalian, marilah kita mengambil sedikit iktibar dalam cerita ini. Insyaallah. Sekian terima kasih kerana membaca. WAllahu A'lam

JaNGan bERUbAH SeBaB SeseOraNG


Bismillahirahmanirahim, apa khabar? Saya harap anda dalam keadaan sihat ya, kalau yang pening makan panadol, yang saket masuk bilik TIDO! Hehe take care la kata kan. Okey tajuk kali “ don’t change for someone else”.  Hah kenapa pulak tak boleh berubah sebab seseorang? Sebab saya kata tak boleh lah tak boleh. Hehe takde laa gurau sahaja. Insyaallah saya akan terangkan melalui pengalaman saya sendiri, lelaki tuh member baik saya. Kami selalu jugak la kongsi pelbagai cerita kata pun kawan baik kan. Lelaki ini namanya polan (bukan nama sebenar) ceritalah  yang dia ada awek, minah (bukan nama sebenar). Minah ni agak sosial jugaklah dan ramai kenalan lelaki tetapi yang penting belum terlanjur lagi. Saya bukan nak mengata tapi saya cuba jadikan pengalaman saya ini sebagai iktibar bagi kita semua kay.
            
                 Si polan ini pun cerita macam mana kisah cinta mereka berputik, kat mana bertemu. Menyampah pulak saya, asyik-asyik dok dengar orang bercinta yang saya ni still membujang sampai la ni. Aduhai.. hehe Dorang mintak couple dalam message, kononnya dua-dua shy-shy cat (malu-malu kucing). Sebelum mereka couple, polan mintak kalau mereka couple, minah yang free hair must tutup aurat ala kira pakai tudung.. Minah yang free hair dulu mula keluar pakai tudung walaupun mula-mula memang rimas. Apa orang kata “slow-slow”. Ramai kawan-kawan  minah naik hairan dan minah juga semakin menjadi pendiam dalam kelas. Dulu punyelah aktif bercakap sekarang pendiam. Ada jugaklah yang mengata dan peril tapi polan suruh minah bersabar kerana ingin menjadi seorang yang baik banyak rintangannya lagipun sabar itu separuh daripada iman kan.
            
                 Bagi saya, minah amat sayangkan polan itu yang sanggup  berubah tetapi sayang dia bukan berubah kerana ALLAH.. Ingatlah sayangkan manusia mati, sayangkan ALLAH kekal abadi. ALLAHU RABB!! Okey kita sambung kembali, banyak kritikan dan cabaran yang ditempuhi oleh minah misal kawan-kawannya mula menjauhi, dia redha mungkin tiba masanya untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Akhirnya mereka couple jugak, dalam sebulan mereka couple, mereka ada sekali keluar pergi jalan-jalan. Sebelum itu, polan ni kuat agama dan banyak beri nasihat baik-baik kepada saya. Macam mana la pulak polan ni bercerita kat saya yang dia berpegangan tangan. Ala sweet couple konon. Padahal dia tahu haram dan berdosa tetapi dia lakukan jugak. What happen to you bro! why? .. Dia berkata “sebenarnya macam ni, mula-mula memanglah kami berjauhan, tak tahulah macamana boleh tergesel bahu then tangan kami tersentuh so terpeganglah”.. sambil ketawa.
          
                 “Ayoi appa,” kata saya sambil tepuk dahi. “ Yela nak buat apa lagi,nanti buat tu ish..ish..ish.. dosa-dosa!!”. “ Habeh’ pegang tangan tak dosa lah”, balas saya. “ eyh..eyh.. bukan kau ke ajar aku cinta-cinta ni!” kata polan. “ itu dulu bro, haram tetap haram, dosa tetap dosa”.. “ Ye aku tahu tapi….”.  ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Bila kita berduaan dengan seseorang yang bukan mahram, maka akan ada orang ketiga iaitu Jeng.. jeng.. jeng apa dia? Syaitan laa apa lagi seperti mana hadith sahih. Tak kesahlah kita dalam kumpulan yang ramai, selagi pergaulan itu bukan sesama mahram tetap jugak ada syaitan. Walaupun kita tak nampak dengan mata kasar tetapi kita wajib tahu wujudnya si setan ni. Selalu dok hasut kita buat jahat, apaboleh buat dah itu kejenya. Iblis berkata kepada ALLAH “ wahai tuhan, aku akan sesatkan anak cucu adam..” itu yang masa bulan puasa sapa yang tak puasa dia laa setan. Hehe gurau saja. Si polan meneruskan, kami hanya dapat bertahan selama tiga bulan saja mungkin aku tak sepadan dengannya (padahal ada alasan lain). “Sapa mintak clash?”. “Entah la cap, yang penting aku dah clash”, kata polan. “Abeh polan, macamana dengan minah tu? Dia terima tak?”. “Macam ni cap (saya), aku cakap dengan dia yang kita takda jodoh, mula-mula memang dia tak terima.. aku cakaplah yang aku yang aku takde perempuan lain yang baik macam dia tapi apa kan daya kata hati mesti dituruti”. “So dia terima dengan redha la ni?”. “Maybe kod” jawab polan sepatah.
          
                     Masa itu satu je saya fikir macamana kalau dia kembali perangai asal balek. “Aku dah pesan kat dia bahawa ALLAH akan memisahkan kita suatu hari dan dia mesti redha dengan takdir illahi” kata polan. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, sekarang minah itu still pakai tudung tapi cuma yang tak berubah baju lengan pendek dan mengharapkan seseorang untuk menemani hidupnya (couple la ni). Bukan apa cik akak, abang. Saya tak menafikan hidup kita mesti berteman, ada orang take care, rasa menyayangi dan disayangi, tetapi tak kan lah kita nak biarkan diri kita digelumang dengan dosa COUPLE termasuklah saya. Saya juga tidak menafikan minah itu sudah jadi baik dari dulu disebabkan si polan ni. I think la if her change for ALLAH gerenti muslimah sejati MARI!! Hehe Setiap cerita saya ada pengajaran dan iktibar yang kita boleh kongsi bersama. Okey kita ambil contoh, minah yang mulanya sosial berubah jadi baik, alhamdullillah. Bagi polan pulak sudah terbalik maa, seorang yang kuat agama berubah jadi seorang justifikasi (justification) seorang yang menegakkan kebenaran walaupun dia tahu dia salah disebabkan minah itu.
              
                    Saya bukan nak aibkan dia, siapalah saya nak tentukan dosa pahala seseorang, tetapi caranya salah dari sisi agama, memanglah niat baik untuk mengubahkan seseorang jadi baik tapi janganlah sampai diri terabai. Ada satu hadith sahih bukhari “ halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara mussyabbihat (syubhat/yang tidak diketahui halal haramnya). Barangsiapa yang menjaga hal-hal mussyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya………………. Ketahuilah bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya manakala apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.”

Saya tahu dia memang baik sehinggalah sekarang. Okey guys, apa yang penting ‘Sebelum nak mengubah seseorang, ubahlah diri kita dulu’. Insyallah. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati……

Cinta itu indah, hidup itu mutiara, cinta manusia sering pudah, tetapi cinta ALLAH kekal selamanya.     Saya ASYRAF MUDA. Islam nie simple jee. sekian      

Friday, 21 October 2011

Oh! manusia.....

Kring.. kring.. kring.. bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan sesi pagi. Kebanyakan pelajar berlari berpusu-pusu untuk balek ke rumah masing-masing tetapi 3 sekawan ini tidak. Muna, aalip dan juga afiq, mereka berkawan sejak dari ting 2 hinggalah ting 4.. Mereka bercadang untuk belajar bersama-sama selepas waktu persekolahan di perpustakaan. Al-maklumlah periksa akhir tahun nak dekat.. Aalip yang mencadang untuk stady, Muna dan Afiq cume angguk kepala saja..

Aalip: weyh kawan, apakata kita spend time untuk stady lepas sekolah ni?

Muna: hmm... tanyelah afiq?

Afiq: aku oke jee. Jom laa muna, kita belajar sama2..

Muna: aaa.. okelah set pas balek sekolah ye.

Lepas tamat waktu persekolahan sesi pagi, aalif terus ke library seprti yang dijanjikan. Aalif keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa didalam perpustakaan itu. Tunggu punye tunggu sudah sejam aalif berada didalam library itu, satu batang hidung pun tak nampak budak dua ekor itu. Perasaan membara membuatkan hati aalif ingin balek ke rumah. Tut..tut..tut.. handphone aalif berbunyi, ada satu mesej dari afiq mengata "sorry aku tak dapat laa, ada hal".. dalam waktu yang sama muna mesej menyatakan "maaf aalif, aku terlupa laa da sampai rumah baru teringat".. Perasan aalif marah membara plus plus laa tapi dia ingat pesan arwah ayahnya berpesan "sabar itu separuh daripada iman dan ingatlah marah itu hasutan syaitan", dia sabar sahaja dengan dua perangai kawan itu.

Keesokan harinya, muna dan afiq meminta maaf kerana tidak menepati janjinya kepada aalif. Dengan rasa simpati, aalif maafkan saja. Lagipun aalif tahu bukan sekali dua kali tapi dah berkali-kali, nak buat macamana kawan lama sejak ting2 la katakan.. Sekarang tiba waktu Pn.yalayah yang mengajar subjek sejarah di kelas mereka, aalif,muna,dan juga afiq satu group kene buat perbentangan mengenai pra-sejarah. Perbincangan oleh mereka.

Muna: aalif! kau kan pandai sejarah, kau bentang eyh. Kene siap esok pulak tuh..

Aalif: aku sorang laa kene bentang abih kau buat apa?

Muna: ala nanti aku sedia laa kertas mahjung.. promise promise

Aalif: hmmm yela..yelaa.. tapi kita kene buat sama-sama, yang kau afiq jangan nak mengelak, tolong aku         jugak..
Afiq: aku lagi.. dont worry i will help you fren, balek nanti jumpa kat perpustakaan kay.

Aalif, afiq dan muna bersetuju untuk stay back buat perbentangan lepas balek sekolah. Bila bunyi loceng berbunyi habis tamat sekolah, seperti biasa aalif terus pergi ke library manakala muna dan afiq serta kawannya yang lain pergi ke kantin sebab lapar.. Di kantin, muna dan afiq....

Afiq: Muna, aku penat laa macam malas pulak nak gi library?

Muna: aku pon sama tapi kita dah janji kan, nak buat sama-sama.

Afiq: kau sorang je janji aku angguk je.. Aku nak balek la.

Muna: tapi aalif mesti dah tunggu kat sana, esok dah kene buat perbentangan kalau tak siap konfem 'singa'(Pn yalayah) mengamuk sakan.
Afiq: ala muna, relax laa aalif kan ada pandai-pandai la dia buat, dia kan pandai sejarah. Dah laa aku nak balek lepastuh jangan lupa pulak say sorry kat aalif kat phone macam biasa.
Muna: kalau macam tuh. sekali la kita, aku pun ada hal sikit kat rumah. Jumpa esok!

Aalif membelek-belek buku sejarah sementara menunggu kedatangan kawannya. Semakin lama aalif berada di dalam library semakin panas pulak dirasanya.( bukan disebabkan library tuh panas tapi hati alif yang panas kerana sejam menunggu tak sampai muna dan afiq). Aalif berbisik " budak dua ekor nie nak kene, dah janji pastu tak tepati, buat aku sakit hati, nak je simbah asid kat dorang baru puas hati" dalam keadaan marah. Akhirnya aalif beli kertas mahjung dan buat laa kerja perbentangan sejarah sorang-sorang kat dalam perpustakaan.

Kesokan harinya, aalif membuat keputusan tidak bertegur sapa dengan muna dan afiq. Muna pujuk aalif supaya memaafkan dia. Sebegitu juga dengan afiq. Perbualan mereka berterusan..

Muna dan Afiq: Maafkan kami, aalif!

Aalif: (Berpaling dalam keadaan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka)

Muna: Aalif, maaflah aku bukan senjaga, aku ada hal kat rumah..

Afiq: Aku pun sama. maaflah ye. kami janji tak buat lagi.

Aalif: Habis tuh, korang tinggalkan aku sorang-sorang kat library laa. Cakap jela kau nak aku buat kertas perbentangan ni. Buat lah 1001 alasan aku dah tak percaya korang.(nada marah)
Muna: Jangan macam ni aalif, kita kan kawan. Sorry laa.

Aalif: oh kawan ye. bila janji korang mungkir, bila bercakap korang dua orang berbohong(tipu), bila amanah diberi korang kianat( masa muna janji dia nak beli kertas mahjung, aalif mempercayai tetapi aalif sendiri yang membelinya). Ini korang kata kawan, korang ni kan kawan macam mana hah.. Macam MUNAFIQ!!! 


Hah padanlah, sorang muna sorang lagi afiq, dua-dua perangai macam munafiq(sama pulak nama dorang). Ish..ish..ish.. harapkan islam pada nama tapi jahil pada agama. Astaghfirullahalazim.. Muna yang seorang india muslim tidak tepati janjinya, tidak bercakap benar malah tidak berpegang pada amanah. Afiq juga sama knianat kawannya sendiri dengan mungkir pada janji serta berbohong apabila bicara. Harap kita mengambil iktibar dari cerita ini ye. Jangan pulak kita jadi macam muna dan afiq (MUNAfiq) hehe.. boleh ya kawan-kawan. Dalam hadith Nabi SAW bersabda "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)."  jadi apakah kita tergolong dalam golongan munafik? jika kita ada salah satu daripada tiga keadaan ini ataupun ketiga-tiganya maka baik kita jauhilah agar tidak dihukum dengan api neraka kelak di akhirat oleh ALLAH SWT. So it's mean siapa yang 'ter'buat termasuklah diri saya sendiri, oleh itu jomlah kita taubat sama-sama kay kerana ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sekian dari 'Islam ni simple jee'