Saya seorang insan biasa cuma sekadar berpesan-pesan sahaja bukan memaksa kerana saya tahu paksaan bukan jalan terbaik untuk menyampaikan sesuatu yang baik. Ini cuma pandangan saya. Sebelum saya teruskan, saya terbaca satu hadith bahawa Nabi Muhammad Saw pernah bersabda ‘”Sebelum mengubah seseorang, ubahlah diri sendiri, lepas itu keluargamu, jiranmu barulah masyarakat”. ALLAHU RABB. Mengikut hadith ini, berdakwah ataupun menasihati seseorang pun berperingkat-peringkat kan. Bismillahirahmanirahim Wallahu A'lam, kalau ada kesilapan sila betulkan. Melalui pandangan saya terhadap hadith Nabi SAW ini, sebelum menasihati seseorang perlulah menasihati diri kita terlebih dulu, bila kita dah yakin barulah menasihati kaum keluarga pulak. Kalau kita rasa kita dan keluarga dalam keadaan baik dan berpegang kuat pada agama islam barulah jiran tetangga ataupun kawan kita yang terdekat and lastly masyarakat setempat. Insyallah.
Mungkin ada diantara pembaca tahu bagaimana Nabi SAW kita berdakwah kan. Secara ringkasnya, Nabi SAW mulanya berdakwah secara rahsia secara sembunyi, berdakwah dengan keluarganya terdekat seperti Saidina Ali dan sahabatnya Abu Bakar As Siddiq. Ini kerana baginda tahu bahawa masyarakat quraish sukar menerima agama baru iaitu islam. Bila turunnya wahyu daripada ALLAH menyuruh Nabi Muhammad SAW berdakwah secara besar-besaran. Ada sebahagian masyarakat quraish menerima dan ada yang menolak dengan kasar tetapi baginda tetap bersabar. Akhirnya sampai sekarang, betapa ramai umat Muhammad iaitu islam yakni agama ALLAH. Alhamdulillah kita dilahirkan beragama islam dan dijanjikan syurga untuk kita, untuk semua orang islam.”Wah bestnye dapat masuk syurga.” Mestilah best. Cuba cakap siapa yang tak nak masuk syurga? Penagih dadah pun nak masuk syurga la kawan. Kalau tak percaya pergi tanya dorang. Hehe tapi kan boleh kita nak masuk syurga yang dijanjikan oleh ALLAH SWT. Amal ibadat kita cukup ke? Solat kita penuh ke? Puasa? Sedekah? Amal jariah?.. Hai sahabat yang saya hormati, adakah kita ini layak masuk ke syurga ALLAH ini. Memanglah kita dijanjikan syurga tetapi ingatlah syurga hanya untuk orang islam yang bertakwa kepada ALLAH. Kalau kita pun solat tak penuh? Amal ibadat tak cukup? Puasa tinggal? Kedekut nak sedekah? dan ibadah pun kita tinggal macamana lah kita nak masuk syurga wahai saudara/ri, peluang ke syurga amat nipis sangat-sangat. Entah-entah kita sama sahaja dengan orang kafir padahal yang membezakan orang islam dengan orang kafir adalah solat lima waktu, tapi takde lah siapa yang tak solat terus kafir, cuma fasik. Islam pada nama, jahil pada agama. Nak masuk syurga mesti ada tiket, tetapi kalau nak masuk neraka FREE saja. Apa tiket tu? Bertakwa pada ALLAH, buatlah apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang. How about you all? mesti nak masuk syurga bukan, maka itu jom kita berjanji sama-sama bahawa kita akan ikut perintahnya dan tinggal larangannya.
Kita akan buat apa yang disuruh ALLAH dan meninggalkan larangannya,
Kita akan buat apa yang disuruh ALLAH dan meninggalkan larangannya.
Insyallah. Kita boleh kalau yakin pada diri sendiri kay. Don’t worry ALLAH always help us. Bila kita buat baik dapat balasan pahala, bila kita buat perkara jahat dapat balasan dosa. Tak kiralah dosa besar ke kecil pasti akan ada balasannya. Nabi SAW bersabda “ Setiap dosa yang engkau buat walaupun sebesar biji benih maka pasti ALLAH akan membalasnya….” Betapa hebatnya kuasa ALLAH. Yang penting buat baik dapat pahala kan. Betul tak? betul.. betul.. betul.. hehe Sebenarnya saya pun menasihati diri saya jugak almaklumlah saya bukannya alim sangat nak menasihati seseorang ni tetapi sebagai seseorang insan yang mengetahui sesuatu maka saya rasa tugas saya sekadar untuk berpesan-pesan kepada mereka yang tidak mengetahui tapi sesiapa yang ketahui insyallah tambah lagi ilmu pengetahuan anda. Yang penting syurga dan neraka, dosa pahala bukan saya yang menentukan tetapi ALLAH yang menentukan. Kita cuma merancang, ALLAH yang menentukan. Oleh itu, buatlah sesuatu perkara kerana ALLAH, insyallah kita akan dapat keberkatan daripadaNYA. Kita makan ingat ALLAH, kita pergi jalan ingat ALLAH, kita keluar dengan pakwe/makwe ingat ALLAH,konfem tak jadi keluar. Hehe Setiap perkara kita buat ingat ALLAH. Insyallah akhi/ukhti. Berdakwah dan menasihati seseorang perlulah niat untuk ALLAH bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk kelebihan kita itu. Sekian sampai sini saja. Jom kita ramai-ramai berazam untuk masuk syurga ALLAH kay. Sekian terima kasih kerana membaca.

No comments:
Post a Comment