Saturday, 29 October 2011

KUNCI SYURGA

                                                                      

‘KUNCI SYURGA’ atau 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN' . Hah apa itu kunci syurga? Ada ke? Syurga pun ada kunci jugak ke? Pelbagai pertanyaan dalam minda anda kan. Okey.. saya akan cuba jelaskan dengan ringkas dan padat kay. Insyaallah. Do you know about key of heaven or you didn’t know at all? Let’s me explain. Hehe sekali sekala mau speaking, boleh ye.. Bismillahirahmanirahim Wallahu a’lam. Kalau ada salah silap mintak tolong perbetulkan kerana saya pun kadang-kadang ada jugak tersalah kata. Kembali pada tajuk, ‘kunci syurga’ bukan syurga cinta eyh, laen-laen. Syurga pun ada kunci jugak ke, nak beli kat mana? Mesti laa ada kawan, tak kan laa nak masuk rumah kita je guna kunci kan, nanti nak masuk syurga ALLAH pun ada pintu jugak. Kalau dah ada pintu must have a key right tapi mana nak dapat kunci untuk bukak pintu syurga. Mana nak dapat? Pegi la beli kat kedai kalau jumpa. 100% mesti korang tak jumpa punya. Hehe  Maaf maaf saya banyak bercerita pulak kan, yelaa saya direct to the point ye 'THE KEYS OF KINGDOM OF HEAVEN' is Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah yang membawa maksud ‘aku naik saksi bahawa tiada tuhan melain ALLAH  dan nabi Muhammad pesuruh ALLAH’...lah tu je ke? Hah itu jela. Bagi menguatkan lagi, Muaz bin Jabal Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:“Anak-anak kunci syurga ialah mengakui kalimah La Ilaha Illallah (Riwayat Imam Ahmad).Senang je nak masuk syurga kan, insyaallah. Lagipun masa kita dok sembahyang lima waktu setiap hari selalu ucap kalimah ini masa kita duduk takhiyat awal dan akhir. 

      Siap boleh nyanyi laa tau, Asyhadu An La ilaha illallah Wa Asyhadu Anna MuhammadarRasulullah, tiada tuhan melain ALLAH, nabi Muhammad pesuruh ALLAH. DiNyanyikan oleh group nasyid malaysia iaitu Raihan. Sambil-sambil itu boleh zikir jugak kan. Dah la dijanjikan syurga dapat pahala pulak itu. Buat satu dapat dua.Masyallah betapa sayangnya ALLAH pada kita. Islam ni simple jee tapi kita yang menyusahkan. Okey guys you all dah tahu bukan apa itu kunci syurga? Dah kan. Kita dah ketahui kunci syurga dan mempunyainya so apakata kita janji sama-sama tidak hilangkan kunci ini semasa menghadap ALLAH diakhirat nanti. Promise ya. Jaga baik-baik tau macam kita jaga benda yang kita sayang dalam dunia ini. Who didn’t know about this now you know the key of heaven! Kita sebut sambil beramal. Jangan kita hanya ucap dibibir kalimah yang mulia ini tapi perlakuan dan perbuatan bercanggah dengan apa yang kita ucapkan. Biarlah kita ucap kalimah syahadah ini sambil melaksanakan apa yang dimaksudkan. Imam Bukhari rahimahullah meriwayatkan dalam Shahihnya, bahawa seorang pernah bertanya kepada Imam Wahab Ibn Munabbih: “ Bukankah Laa ilaaha illallah itu kunci syurga?”. Wahab menjawab: “ Benar, akan tetapi tidaklah bagi setiap kunci itu melainkan ia mempunyai gigi.Jika engkau membawa kunci yang bergigi, maka pintu syurga akan di bukakan untukmu, jika tidak maka pintu tak akan di bukakan untukmu”
        
       'Gigi' yang dimaksudkan ialah bukan sekadar menyebut kalimah syahadah tetapi memahaminya serta melaksanakan apa yang dimaksudkan darinya. Okey faham ya kawan-kawan. Kita sebagai umat islam memang dijanjikan syurga tetapi kalau tidak buat apa yang disuruh ALLAH dan tinggalkan larangannya macamana nak masuk syurga. Samalah macam kita kerja jugak, kita dijanjikan untuk dapat gaji bulanan, tetapi kalau kita asyik2 tak datang kerja, masuk kerja lambat, buat kerja sambil lewa, tak berdisplin, sapa nak bagi kita gaji oii!! Hehe betul kan. ALLAH telah jadikan akal untuk berfikir so gunalah untuk berfikir tentangNYA. Ingatlaa ‘Inna Sholati Wa Nusuki Wa Mahyaya Wa Mamati Illahi Rabbil a’lamin’ maksudnya Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH TAALA. Dan lagi satu kita jangan lupa ‘inna sholata tanha anil fasha wal mungkar’ sesungguhnya solat itu dapat menghindari daripada berbuat perkara mungkar. It’s mean with solat kita dapat mengelak diri daripada melakukan dosa perkara jahat. Insyaallah

Dari Zaid bin Arqam Radiallahu-Anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya: “Barangsiapa yang mengucapkan La Ilaha Illallah dengan ikhlas, dia akan dimasukkan ke dalam syurga.” Lalu ditanyakan kepada baginda: “Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu? Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram”. (Riwayat Al-Imam At-Thabrani)

       Alhamdulillah mungkin sampai sini sahaja tajuk kita kali ini ‘KUNCI SYURGA’ or dalam bahasa omputih ‘THE KEY OF KINGDOM OF HEAVEN’. Saya harap anda memahami apa yang saya cuba terangkan. Did you all get what I try to explain? please say yes. I hope so. Hehe bagi sesiapa yang masih tidak mengerti boleh comment or jumpa saya direct di facebook mchess1022@yahoo.com / asyraf muda. Sekian dari saya Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment