Friday, 21 October 2011

Oh! manusia.....

Kring.. kring.. kring.. bunyi loceng menandakan tamatnya waktu persekolahan sesi pagi. Kebanyakan pelajar berlari berpusu-pusu untuk balek ke rumah masing-masing tetapi 3 sekawan ini tidak. Muna, aalip dan juga afiq, mereka berkawan sejak dari ting 2 hinggalah ting 4.. Mereka bercadang untuk belajar bersama-sama selepas waktu persekolahan di perpustakaan. Al-maklumlah periksa akhir tahun nak dekat.. Aalip yang mencadang untuk stady, Muna dan Afiq cume angguk kepala saja..

Aalip: weyh kawan, apakata kita spend time untuk stady lepas sekolah ni?

Muna: hmm... tanyelah afiq?

Afiq: aku oke jee. Jom laa muna, kita belajar sama2..

Muna: aaa.. okelah set pas balek sekolah ye.

Lepas tamat waktu persekolahan sesi pagi, aalif terus ke library seprti yang dijanjikan. Aalif keseorangan tanpa ditemani oleh sesiapa didalam perpustakaan itu. Tunggu punye tunggu sudah sejam aalif berada didalam library itu, satu batang hidung pun tak nampak budak dua ekor itu. Perasaan membara membuatkan hati aalif ingin balek ke rumah. Tut..tut..tut.. handphone aalif berbunyi, ada satu mesej dari afiq mengata "sorry aku tak dapat laa, ada hal".. dalam waktu yang sama muna mesej menyatakan "maaf aalif, aku terlupa laa da sampai rumah baru teringat".. Perasan aalif marah membara plus plus laa tapi dia ingat pesan arwah ayahnya berpesan "sabar itu separuh daripada iman dan ingatlah marah itu hasutan syaitan", dia sabar sahaja dengan dua perangai kawan itu.

Keesokan harinya, muna dan afiq meminta maaf kerana tidak menepati janjinya kepada aalif. Dengan rasa simpati, aalif maafkan saja. Lagipun aalif tahu bukan sekali dua kali tapi dah berkali-kali, nak buat macamana kawan lama sejak ting2 la katakan.. Sekarang tiba waktu Pn.yalayah yang mengajar subjek sejarah di kelas mereka, aalif,muna,dan juga afiq satu group kene buat perbentangan mengenai pra-sejarah. Perbincangan oleh mereka.

Muna: aalif! kau kan pandai sejarah, kau bentang eyh. Kene siap esok pulak tuh..

Aalif: aku sorang laa kene bentang abih kau buat apa?

Muna: ala nanti aku sedia laa kertas mahjung.. promise promise

Aalif: hmmm yela..yelaa.. tapi kita kene buat sama-sama, yang kau afiq jangan nak mengelak, tolong aku         jugak..
Afiq: aku lagi.. dont worry i will help you fren, balek nanti jumpa kat perpustakaan kay.

Aalif, afiq dan muna bersetuju untuk stay back buat perbentangan lepas balek sekolah. Bila bunyi loceng berbunyi habis tamat sekolah, seperti biasa aalif terus pergi ke library manakala muna dan afiq serta kawannya yang lain pergi ke kantin sebab lapar.. Di kantin, muna dan afiq....

Afiq: Muna, aku penat laa macam malas pulak nak gi library?

Muna: aku pon sama tapi kita dah janji kan, nak buat sama-sama.

Afiq: kau sorang je janji aku angguk je.. Aku nak balek la.

Muna: tapi aalif mesti dah tunggu kat sana, esok dah kene buat perbentangan kalau tak siap konfem 'singa'(Pn yalayah) mengamuk sakan.
Afiq: ala muna, relax laa aalif kan ada pandai-pandai la dia buat, dia kan pandai sejarah. Dah laa aku nak balek lepastuh jangan lupa pulak say sorry kat aalif kat phone macam biasa.
Muna: kalau macam tuh. sekali la kita, aku pun ada hal sikit kat rumah. Jumpa esok!

Aalif membelek-belek buku sejarah sementara menunggu kedatangan kawannya. Semakin lama aalif berada di dalam library semakin panas pulak dirasanya.( bukan disebabkan library tuh panas tapi hati alif yang panas kerana sejam menunggu tak sampai muna dan afiq). Aalif berbisik " budak dua ekor nie nak kene, dah janji pastu tak tepati, buat aku sakit hati, nak je simbah asid kat dorang baru puas hati" dalam keadaan marah. Akhirnya aalif beli kertas mahjung dan buat laa kerja perbentangan sejarah sorang-sorang kat dalam perpustakaan.

Kesokan harinya, aalif membuat keputusan tidak bertegur sapa dengan muna dan afiq. Muna pujuk aalif supaya memaafkan dia. Sebegitu juga dengan afiq. Perbualan mereka berterusan..

Muna dan Afiq: Maafkan kami, aalif!

Aalif: (Berpaling dalam keadaan tidak berpuas hati dengan tindakan mereka)

Muna: Aalif, maaflah aku bukan senjaga, aku ada hal kat rumah..

Afiq: Aku pun sama. maaflah ye. kami janji tak buat lagi.

Aalif: Habis tuh, korang tinggalkan aku sorang-sorang kat library laa. Cakap jela kau nak aku buat kertas perbentangan ni. Buat lah 1001 alasan aku dah tak percaya korang.(nada marah)
Muna: Jangan macam ni aalif, kita kan kawan. Sorry laa.

Aalif: oh kawan ye. bila janji korang mungkir, bila bercakap korang dua orang berbohong(tipu), bila amanah diberi korang kianat( masa muna janji dia nak beli kertas mahjung, aalif mempercayai tetapi aalif sendiri yang membelinya). Ini korang kata kawan, korang ni kan kawan macam mana hah.. Macam MUNAFIQ!!! 


Hah padanlah, sorang muna sorang lagi afiq, dua-dua perangai macam munafiq(sama pulak nama dorang). Ish..ish..ish.. harapkan islam pada nama tapi jahil pada agama. Astaghfirullahalazim.. Muna yang seorang india muslim tidak tepati janjinya, tidak bercakap benar malah tidak berpegang pada amanah. Afiq juga sama knianat kawannya sendiri dengan mungkir pada janji serta berbohong apabila bicara. Harap kita mengambil iktibar dari cerita ini ye. Jangan pulak kita jadi macam muna dan afiq (MUNAfiq) hehe.. boleh ya kawan-kawan. Dalam hadith Nabi SAW bersabda "Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya".(Hadist Riwayat Bukhari dan Muslim)."  jadi apakah kita tergolong dalam golongan munafik? jika kita ada salah satu daripada tiga keadaan ini ataupun ketiga-tiganya maka baik kita jauhilah agar tidak dihukum dengan api neraka kelak di akhirat oleh ALLAH SWT. So it's mean siapa yang 'ter'buat termasuklah diri saya sendiri, oleh itu jomlah kita taubat sama-sama kay kerana ALLAH maha pengampun lagi maha penyayang. Sekian dari 'Islam ni simple jee'

No comments:

Post a Comment