Manusia tidak lekang dari melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan adalah orang yang mengakui dan bertaubat kepada ALLAH SWT
Thursday, 27 October 2011
JaNGan bERUbAH SeBaB SeseOraNG
Bismillahirahmanirahim, apa khabar? Saya harap anda dalam keadaan sihat ya, kalau yang pening makan panadol, yang saket masuk bilik TIDO! Hehe take care la kata kan. Okey tajuk kali “ don’t change for someone else”. Hah kenapa pulak tak boleh berubah sebab seseorang? Sebab saya kata tak boleh lah tak boleh. Hehe takde laa gurau sahaja. Insyaallah saya akan terangkan melalui pengalaman saya sendiri, lelaki tuh member baik saya. Kami selalu jugak la kongsi pelbagai cerita kata pun kawan baik kan. Lelaki ini namanya polan (bukan nama sebenar) ceritalah yang dia ada awek, minah (bukan nama sebenar). Minah ni agak sosial jugaklah dan ramai kenalan lelaki tetapi yang penting belum terlanjur lagi. Saya bukan nak mengata tapi saya cuba jadikan pengalaman saya ini sebagai iktibar bagi kita semua kay.
Si polan ini pun cerita macam mana kisah cinta mereka berputik, kat mana bertemu. Menyampah pulak saya, asyik-asyik dok dengar orang bercinta yang saya ni still membujang sampai la ni. Aduhai.. hehe Dorang mintak couple dalam message, kononnya dua-dua shy-shy cat (malu-malu kucing). Sebelum mereka couple, polan mintak kalau mereka couple, minah yang free hair must tutup aurat ala kira pakai tudung.. Minah yang free hair dulu mula keluar pakai tudung walaupun mula-mula memang rimas. Apa orang kata “slow-slow”. Ramai kawan-kawan minah naik hairan dan minah juga semakin menjadi pendiam dalam kelas. Dulu punyelah aktif bercakap sekarang pendiam. Ada jugaklah yang mengata dan peril tapi polan suruh minah bersabar kerana ingin menjadi seorang yang baik banyak rintangannya lagipun sabar itu separuh daripada iman kan.
Bagi saya, minah amat sayangkan polan itu yang sanggup berubah tetapi sayang dia bukan berubah kerana ALLAH.. Ingatlah sayangkan manusia mati, sayangkan ALLAH kekal abadi. ALLAHU RABB!! Okey kita sambung kembali, banyak kritikan dan cabaran yang ditempuhi oleh minah misal kawan-kawannya mula menjauhi, dia redha mungkin tiba masanya untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Akhirnya mereka couple jugak, dalam sebulan mereka couple, mereka ada sekali keluar pergi jalan-jalan. Sebelum itu, polan ni kuat agama dan banyak beri nasihat baik-baik kepada saya. Macam mana la pulak polan ni bercerita kat saya yang dia berpegangan tangan. Ala sweet couple konon. Padahal dia tahu haram dan berdosa tetapi dia lakukan jugak. What happen to you bro! why? .. Dia berkata “sebenarnya macam ni, mula-mula memanglah kami berjauhan, tak tahulah macamana boleh tergesel bahu then tangan kami tersentuh so terpeganglah”.. sambil ketawa.
“Ayoi appa,” kata saya sambil tepuk dahi. “ Yela nak buat apa lagi,nanti buat tu ish..ish..ish.. dosa-dosa!!”. “ Habeh’ pegang tangan tak dosa lah”, balas saya. “ eyh..eyh.. bukan kau ke ajar aku cinta-cinta ni!” kata polan. “ itu dulu bro, haram tetap haram, dosa tetap dosa”.. “ Ye aku tahu tapi….”. ASTAGHFIRULLAHALAZIM. Bila kita berduaan dengan seseorang yang bukan mahram, maka akan ada orang ketiga iaitu Jeng.. jeng.. jeng apa dia? Syaitan laa apa lagi seperti mana hadith sahih. Tak kesahlah kita dalam kumpulan yang ramai, selagi pergaulan itu bukan sesama mahram tetap jugak ada syaitan. Walaupun kita tak nampak dengan mata kasar tetapi kita wajib tahu wujudnya si setan ni. Selalu dok hasut kita buat jahat, apaboleh buat dah itu kejenya. Iblis berkata kepada ALLAH “ wahai tuhan, aku akan sesatkan anak cucu adam..” itu yang masa bulan puasa sapa yang tak puasa dia laa setan. Hehe gurau saja. Si polan meneruskan, kami hanya dapat bertahan selama tiga bulan saja mungkin aku tak sepadan dengannya (padahal ada alasan lain). “Sapa mintak clash?”. “Entah la cap, yang penting aku dah clash”, kata polan. “Abeh polan, macamana dengan minah tu? Dia terima tak?”. “Macam ni cap (saya), aku cakap dengan dia yang kita takda jodoh, mula-mula memang dia tak terima.. aku cakaplah yang aku yang aku takde perempuan lain yang baik macam dia tapi apa kan daya kata hati mesti dituruti”. “So dia terima dengan redha la ni?”. “Maybe kod” jawab polan sepatah.
Masa itu satu je saya fikir macamana kalau dia kembali perangai asal balek. “Aku dah pesan kat dia bahawa ALLAH akan memisahkan kita suatu hari dan dia mesti redha dengan takdir illahi” kata polan. Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, sekarang minah itu still pakai tudung tapi cuma yang tak berubah baju lengan pendek dan mengharapkan seseorang untuk menemani hidupnya (couple la ni). Bukan apa cik akak, abang. Saya tak menafikan hidup kita mesti berteman, ada orang take care, rasa menyayangi dan disayangi, tetapi tak kan lah kita nak biarkan diri kita digelumang dengan dosa COUPLE termasuklah saya. Saya juga tidak menafikan minah itu sudah jadi baik dari dulu disebabkan si polan ni. I think la if her change for ALLAH gerenti muslimah sejati MARI!! Hehe Setiap cerita saya ada pengajaran dan iktibar yang kita boleh kongsi bersama. Okey kita ambil contoh, minah yang mulanya sosial berubah jadi baik, alhamdullillah. Bagi polan pulak sudah terbalik maa, seorang yang kuat agama berubah jadi seorang justifikasi (justification) seorang yang menegakkan kebenaran walaupun dia tahu dia salah disebabkan minah itu.
Saya bukan nak aibkan dia, siapalah saya nak tentukan dosa pahala seseorang, tetapi caranya salah dari sisi agama, memanglah niat baik untuk mengubahkan seseorang jadi baik tapi janganlah sampai diri terabai. Ada satu hadith sahih bukhari “ halal itu jelas dan haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara mussyabbihat (syubhat/yang tidak diketahui halal haramnya). Barangsiapa yang menjaga hal-hal mussyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya………………. Ketahuilah bahawa dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya manakala apabila daging itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah seketul daging itu adalah hati.”
Saya tahu dia memang baik sehinggalah sekarang. Okey guys, apa yang penting ‘Sebelum nak mengubah seseorang, ubahlah diri kita dulu’. Insyallah. Ikut rasa, binasa. Ikut hati, mati……
Cinta itu indah, hidup itu mutiara, cinta manusia sering pudah, tetapi cinta ALLAH kekal selamanya. Saya ASYRAF MUDA. Islam nie simple jee. sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment